♥ Pengikut Setia ♥

Saturday, November 5, 2011

‘Ibu bayi’ Bieber boleh didakwa

MUKA depan majalah Star yang menyiarkan dakwaan Mariah.
MUKA depan majalah Star yang menyiarkan dakwaan Mariah.

Dakwaan Mariah Yeater bahawa Justin Bieber adalah bapa bayinya mungkin menyebabkan wanita itu berdepan dengan masalah undang-undang.

Mariah, 20, kini boleh disoalsiasat oleh polis Los Angeles atas tuduhan ‘merogol budak bawah umur.’

Bieber hanya berusia 16 tahun jika benar mereka mengadakan seks sehingga menyebabkan Mariah melahirkan anak.

Ini bermakna, Bieber ketika itu adalah bawah umur.


Semalam, seorang pegawai kanan polis Los Angeles berkata, pihaknya mungkin menyiasat dakwaan Mariah.



Menurut undang-undang, sesiapa yang mengadakan seks dengan seseorang yang bawah umur, yang tidak sampai tiga tahun lebih tua atau tiga tahun lebih muda dengan pelaku, adalah bersalah kerana melakukan kesalahan kecil.

Ketika kejadian itu didakwa berlaku, Mariah baru saja mencapai usia 19 tahun.

Menurut Associated Press, Komander Andrew Smith berkata, tidak ada laporan diterima mengenai kejadian itu yang didakwa berlaku Oktober tahun lalu di Staples Centre.

Bagaimanapun, ia tidak bermakna polis tidak akan mengambil tindakan memandangkan terdapat laporan Mariah sudah mengemukakan saman terhadap bintang pop remaja itu.

Mariah mahu Bieber menjalani ujian DNA bagi mengesahkan secara saintifik bahawa dia adalah bapa bayinya yang berusia tiga bulan, lapor majalah Star di Amerika Syarikat.

Menurut dokumen mahkamah yang difailkan Isnin lalu, Mariah juga menuntut Bieber menyediakan penyaraan secukupnya untuk anak itu.

Bayi berkenaan, Tristyn Anthony Markhouse Yeater, dilahirkan 6 Julai lalu.

Wanita kelahiran California itu mendakwa, sebelum melakukan seks, penyanyi itu memberitahunya, ia kali pertama dia melakukannya sebelum Bieber dikatakan bergegas menanggalkan pakaiannya dalam sebuah bilik air di belakang pentas.

Mariah juga mendakwa, kejadian itu berlaku begitu pantas, hanya kira-kira 30 saat.

Menurut Mariah, mereka mengadakan seks pada 25 Oktober 2010 selepas konsert Bieber di Staples Centre di Los Angeles.

credit to mymetro



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

2 000 berbicara:

Anonymous said...

adeyhh nsib bek bukn artis m'sia

MIZZSEVEN said...

cantik blog