♥ Pengikut Setia ♥

Sunday, May 25, 2014

Sebelum dan Selepas Buang Tahi Lalat

Deae readers..mungkin gambar yang jann post sebelum ni tak seberapa jelas..so jan repost...tapi ni gambar lain la..jann close up dan korang decidelah sendiri lah erh?^^



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Saturday, May 24, 2014

Tutorial Shawl Mudah

Assalamualaikum readers sekalian...hmm..harini tetibe rase nak update belog nih...huhu...okay..mesti korang wonder pasal tajuk entry ni kan? Bukan mmg mudah ke nak pakai shawls?

Huhu...ini lagi mudah laa...semudah ABC!


Haaa..mudah kan? Sekali lilit je..terus jadi! Tak jarang, menutupi dada, mudah dibentuk n erm...ape lagi? Ofcoz laa cantik! ^^...shawl ni ada sua saiz tau..yg dalam tuto ni saiz M..which is singkat sikit...jann lebih suka saiz L.sbb betul2 labuh...huhu...mesti tertanya2 adeke jual shawl macam ni? Haaa...jangan tak tahuu pulak! Shawl ni bukan plain aaje..ada yang bercorak jugak...so mehlaa melawat instagram @clover_closet sekarang..sampai 31 may siap ada promotion lagi..harganya murahhhh...huhu...jom readers!!



Saje nak belanja gambar clover shawl ni...yang jann pakai tu saiz L...hihi


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Tuesday, May 13, 2014

Alahaii Rumah Sewa

Aishhh..alkisahnya jann sedang pening tak hengat dunia sekarang..nak cari rumah sewa punye pasal...jann kat perlis n now nak caru rumah sewa untuk 4orang kt puncak alam...semua ni gara2 dapat arahan berpindah kampus...ishhh....

How am I going to search while I'm at perlis now???? Boleh nak hentam trus sewaa je..tp keadaan rumah sape nak tolong tgkkan??? Jan nak rumah untuk 5org or 4org..so cane??readers boleh tolong suggestkan tak? Kemasukan bulan 9....haish....pening yang amat...

Jumpa yang murah but berbaloi ke nak sewa time sekarang while nak msuk nanti bulan 9??nampak tak permainan dia? Terluka hati jann bila dapat surat arahan perpindahan tadi dimana keloj tidak disediakan? Just whatt???dahla nak duduk 6bulan je...not that easy nk cari rumah tanpa contract nk duduk 6bulan je?

Dear readers, patut ke sewa rumah strting from now huh?


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Friday, May 9, 2014

Keanehan dasar laut


Bagi sesiapa yang suka menyelam, pasti sudah berjaya melihat sendiri hidupan dasar laut dengan
pelbagai rupa bentuk. Namun, ada antaranya masih tersembunyi dan hanya boleh ditemukan di tempat tertentu. Kenali beberapa spesies ikan aneh yang wujud di lautan serata dunia 

1. Ikan bermata empat (Four Eyes Fish)
Ikan ini termasuk dalam kategori ‘genius anablepidae’ iaitu ikan yang hidup di muara sungai bahagian selatan Mexico hingga bahagian selatan Amerika Selatan. Ikan ini hanya dapat hidup di air tawar dan air payau. Ia memiliki mata yang terletak di bahagian atas kepala dan terbahagi dalam dua bahagian yang berbeza, sehingga ikan ini dapat melihat bahagian permukaan air dan bawah air dalam waktu yang sama.
Hidupan laut ini sebenarnya hanya mempunyai dua mata, namun kedua-dua matanya yang terletak di bahagian aras kepala terbahagi menjadi dua bahagian, iaitu bahagian atas dan bawah dipisahkan oleh lapisan jaringan yang nipis. Setiap bahagian mata mempunyai tugasnya sendiri. Bahagian mata atas untuk melihat di udara (atas permukaan air) dan bawah untuk melihat ke dalam air. Ketebalan lensa mata bahagian atas dan bawah juga berbeza, semakin ke bawah semakin tipis.


2. Ikan kelawar bibir merah (Red Lipped Batfish)

Ikan ini kelihatan seperti memakai gincu. Makhluk ini hidup di perairan Kepulauan Galapagos, Equador dianggap perenang yang buruk, sehingga ia menggunakan sirip dadanya untuk berjalan di dasar laut. Ketika mulai dewasa, sirip punggung ikan ini akan bersatu dengan tulang belakangnya sehingga akan kelihatan menarik bagi mangsanya.


3. Ikan hantu (Spookfish)

Ikan ini mempunyai wajah yang cukup menyeramkan. Cuma belum kajian lanjut untuk menjelaskan ciri-ciri hidupannya di dasar laut. 


4. Ikan kepala lutsinar (Barreleye Fish)

Tergolong dalam keluarga ikan hantu. Ikan ini mempunyai kepala lutsinar yang berbentuk cembung dan berisi cairan bening. Bahagian pangkal mata dan organ dalam kepalanya kelihatan jelas dari luar.

Terdapat dua titik warna kuning kehijauan seperti setengah kuning telur di belakang pangkal mata. Kedua benda itu diyakini berfungsi sebagai mata. Di belakang dua ‘benda kuning’ itu kelihatan seakan-akan berwarna krim seperti jaringan daging yang sudah pucat.

Dengan ukuran siripnya yang besar, membuat ikan ini tetap seimbang. Dia hidup tepat di garisan bawah kemampuan sinar matahari menembusi kedalaman laut. Pada posisi itu mampu membuat ikan ini tidak dapat dilihat jelas oleh ikan dan hidupan laut lain di sekitarnya.

Haiwan pemangsa mahupun mangsanya sendiri yang bersembunyi di atas tidak boleh melihatnya. Namun, ikan ini mampu melihat ke atas kerana matanya dapat diputar lurus ke depan ataupun ke atas. Sangat menakjubkan! Pengkaji percaya, matanya yang berwarna hijau kekuningan itu berkembang membentuk saringan cahaya yang membolehkannya mengabaikan sinar matahari dan dapat melihat cahaya yang beredar dari ikan kecil dan obor-obor, iaitu makanan kegemarannya.

Fungsi kedua ‘matanya’ yang di depan? Menurut pengkaji, kedua mata ikan itu berperanan sebagai deria bau seperti lubang hidung manusia. Barrelfish mempunyai kristal cair pada matanya, yang terletak pada suatu tempat pada selaput kecil. Apabila kristal cair itu rosak, matanya akan mendapat tekanan sangat kuat dan keadaan itu akan membunuhnya.


5. Ikan terbang (Flying Fish )

Exocoetidae atau ikan terbang adalah dari keluarga ikan laut yang tergolong dalam 50 spesies ikan dikelompokkan dalam tujuh hingga sembilan kategori. Ikan terbang ditemui di semua laut utama, terutama di perairan tropika dan subtropika di lautan Atlantik, Pasifik dan Hindi.

Ciri utamanya yang paling menonjol adalah sirip dadanya yang besar membolehkan ikan ini meluncur terbang secara singkat di udara, di atas permukaan air ataupun bertujuan untuk lari dari pemangsa. Peluncuran ikan ini biasanya sejauh sekitar 50 meter, namun mereka dapat menggunakan dorongan pada tepi gelombang hingga dapat mencapai jarak setidaknya 400 meter.


6. Ikan bergigi dan lidah seakan manusia.

Seorang pemancing di Amerika Syarikat terkejut apabila melihat ikan yang ditangkapnya menggigit mata kail dengan sangat kuat. Dia menjerit dan selepas diperiksa gigi ikan ini mirip gigitan manusia. Seperti dilaporkan dalam web.orange.co.uk edisi 24 September 2010, kejadian berlaku apabila Frank Yarborough sedang memancing di Danau Wylie, South Carolina. Belum pun lama melempar kail, seekor ikan menggigit umpan lalu tersangkut. Frank gembira kerana mendapati saiz ikan itu besar.

Warnanya gelap dan memiliki berat kira-kira lima kilogram dengan panjang hampir setengah meter. Yarborough menjangka itu adalah ikan keli. Lalu, dia memasukkan tangannya ke dalam air untuk mengambil ikan terbabit tetapi terkejut dan menjerit kerana merasakan jarinya digigit kuat seperti gigitan manusia.

Apabila diperiksa ikan itu cukup menakjubkan. Ia mempunyai gigi menyerupai gigi geraham, dan taring seperti yang dimiliki manusia. Tidak seperti ikan di tasik itu pada umumnya, ikan itu ditangkap dan dibawa pulang. Yarborough tidak terfikir untuk menggorengnya. Hingga kini masih tersimpan rapi dalam simpanan. 

Robert Stroud, seorang ahli biologi perikanan air tawar Jabatan Sumber Daya Alam di Carolina Selatan, Amerika Syarikat mengesahkan adanya sampel ikan itu. Sampel ikan itu dikirim untuk menentukan apa jenis spesies ikan misteri itu.


7. Ikan bertangan (Handfish)

Kewujudannya ditemui manusia sekitar 1990-an dan ia adalah sejenis ikan terbaru yang mempunyai fizikal lain daripada ikan biasa. Ia kelihatan ganjil kerana tidak berenang dan ciri itu menjelaskan kenapa ia hanya dapat ditemui di dasar laut. 

Anehnya ikan ini menggunakan ‘tangan’ yang seharusnya menjadi sirip untuk berjalan. Lokasi ikan ini ditemui di daerah Tasmania, Pulau Australia. Kulitnya dilapisi denticle (seakan bersisik yang kasar/ bergigi-gigi) sehingga ia dipanggil warty anglers (wart = kutil). ukurannya sekitar 15 sentimeter.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/09
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Thursday, May 8, 2014

Rahsia tembikai segarkan kulit


Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain.
Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kecantikan kulit bagi mereka yang gemarkan penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. 
Ia kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu makan utama.

Air tembikai boleh dijadikan penyegar semula jadi yang mampu memperbaiki penampilan kulit dan merawat jerawat sekiranya di­amalkan setiap hari. Isinya boleh diurut dan disapu terus ke muka atau dicampurkan sedikit dengan madu.
Foto

Campurkan bunga witch hazel untuk membantu mengawal pengeluaran sebum berlebihan pada kulit. Tembikai kaya dengan sumber vitamin A, C dan likopen yang mampu melawan radikal bebas seterusnya tanda awal penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik usia.

Selain disapu pada kulit, tembikai juga bagus untuk dimakan kerana kandu­ngan air yang tinggi, mampu melembapkan kulit. Kulit kering boleh menyebabkan wajah kusam dan tidak menarik.

Vitamin A dalam tembikai juga mampu mengurangkan saiz liang pori dan mengurangkan rembesan minyak pada wajah. Paling mudah, picit tembikai untuk keluarkan jus yang ditapis kemudian gunakan bola kapas dan sapukan jus ke seluruh wajah dan leher setiap hari. Biarkan 15 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Ia juga boleh dicampur ke dalam madu dan yogurt untuk dibuat pupur wajah.

Kandungan serat, rendah kalori, elektrolit, vitamin dan air yang tinggi juga membantu sesiapa saja yang berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Tembikai juga kaya de­ngan vitamin B6 yang berperanan membantu mengurangkan rasa letih, tekanan dan kerisauan melampau, sekali gus menceriakan mood seseorang. Apabila kita sentiasa tersenyum, pasti wajah akan kelihatan lebih manis dan cantik.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Wangian mandian semarak cinta


Diadun dengan wangian bunga-bungaan indah dan SilkEssence yang melembutkan, rangkaian mandian Koleksi Klasik Lux dengan wangian eksklusif yang diperbaharui, tampil dengan haruman memikat serta lembapan yang mencantikkan kulit.
Diperkaya dengan haruman yang dicipta pakar haruman terkemuka yang turut menghasilkan jenama minyak wangi antarabangsa, koleksi terbaru daripada Lux itu mampu memukau bukan saja wanita, tetapi pasangan mereka, sekali gus menyemarakkan cinta antara mereka. 
Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia Herry Budiazhari berkata, mandian berkenaan bakal membangkitkan rasa yakin, mencetuskan inspirasi dan memperkasakan wanita untuk menyemarakkan cinta. 

Koleksi terbaru itu terdiri daripada haruman Lux Soft Touch yang menggabungkan haruman sejambak bunga ros, freesia, melur dan mimosa yang mempesona. Lux Velvet Touch pula menampilkan keceriaan menerusi bunga-bungaan eksotik dan sentuhan memikat dan bertenaga.
Foto

Haruman bunga-bungaan mengasyikkan dalam Lux Magical Spell pula mempesonakan mereka yang ada di sekeliling. Rumusannya membangkit rasa menawan dan mengkhayalkan melalui gabungan haruman eksotik orkid hitam, peony, melur dan tuberose.

Lux White Impress membuatkan kulit lembut dan berseri dengan sistem tiga tindakan unik mengandungi bahan semula jadi ekstrak mulberry dan madu. Ia membangkitkan rasa berani, mewah dan cantik. 

Digabungkan dengan garam mineral, rumpai laut dan haruman menyegarkan, Lux Aqua Sparkle membangkitkan rasa segar untuk melangkah keluar setiap hari. 

Seiring pelancaran mandian Lux terbaru, ia turut melancarkan peraduan Ignite The Spark menerusi laman Facebook bermula 28 April hingga 6 Julai ini. Peserta perlu berkongsi gambar kenangan bagaimana mereka menyemarakkan rasa cinta bersama pasangan dengan kata-kata ringkas. 

Tiga gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang yang berpeluang memenangi percutian romantik ke Itali, Maldives atau Bali bersama insan tersayang. Maklumat lanjut boleh didapati di di www.facebook.com/LuxMalaysia 
Koleksi Klasik Lux yang baru boleh didapati di semua kedai runcit utama. Lux bersaiz 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Tomato singkir jerawat


Tomato sudah lama diketahui berkhasiat untuk kecantikan kulit. Ia dengan vitamin A dan C menjadikannya antioksidan yang bagus untuk melawan radikal bebas di dalam tubuh badan.
Pada masa sama, kandungan lycopene dalam tomato juga membantu untuk mencerahkan kulit. Jadi tidak hairanlah pengusaha bahan kosmetik selalu menggunakan tomato sebagai bahan asas dalam penghasilan produk kecantikan mereka. 
Tetapi bagi yang ingin mendapatkan rawatan secara semula jadi dengan tomato mentah, boleh menjadikannya pupur atau bahan mencuci muka. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah, bersinar dan tampak segar kemerahan. 

Tomato juga boleh bertindak sebagai ubat jerawat semula jadi dengan ha­nya menggosok pada wajah secara perlahan-lahan. Ia mengandungi asid sitrat yang membantu untuk menyingkirkan kotoran dan lemak pada kulit wajah.

Jangan lupa, pengambilan tomato juga sangat bagus untuk kesihatan mata terutama bagi mereka yang menghadapi rabun malam kerana tomato mempunyai vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.

Selain itu, pengambilan tomato secara berterusan juga membantu kita mendapatkan rambut yang sihat dan berkilau.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

SABUN SUSU BERAS COLLAGEN K.BROTHERS


SABUN SUSU BERAS COLLAGEN K.BROTHERS

KLIK SINI KALAU NAK TESTIMONI PENGGUNAAN SUSU BERAS DARI JANN SENDIRI. :)


3 Ketul RM 9 (Sem M'sia)...RM 6 POS LAJU
3 Ketul RM 9 (Sabah dan Sarawak)...RM 9 POS LAJU

12 Ketul RM 35 (Sem M'sia)..FREE POS LAJU
12 Ketul RM40 (Sabah)..FREE POS LAJU
12 Ketul RM38 (Sarawak)..FREE POS LAJU

24 ketul @ 2 DOZEN  RM60 (Sem M'sia)..FREE POS LAJU
24 ketul @ 2 DOZEN  RM70 (Sabah)..FREE POS LAJU
24 ketul @ 2 DOZEN  RM65 (Sarawak)..FREE POS LAJU

Untuk Tempahan
0183796819(Jannah)



SABUN SUSU BERAS COLLEGAN
Produk ini adalah produk penjagaan kesihatan kulit.

Diperbuat daripada 100% susu beras semulajadi ekstrakan beras jasmine dengan kualiti terbaik yang diperkaya dengan vitamin dan nutrisi yang dapat mengurangkan cela, bintik hitam dan kedutan di muka.

Menjadikan kulit lembut dan cerah serta segar dengan bauan semulajadi beras muda.

Arahan Penggunaan : Untuk digunakan dimuka dan dibadan sebagai pembersih harian, urut lembut untuk 2  3 minit dan bilas.

Vitamin dan mineral dalam susu beras akan memelihara kulit dan menyihatkan kulit anda, menjadikan ia sentiasa lembap selepas setiap kali penggunaan.

Formula: Sabun Susu Beras untuk semua jenis kulit

CARA PENGGUNAAN:: Cuci muka dengan SABUN SUSU BERAS, urut perlahan-lahan selama beberapa minit dan bilas bersih. Untuk mendapatkan kesan terbaik, gunakan 2-3 kali sehari.


Fungsi Sabun Susu Beras Collagen ini, antaranya:
- menggebu dan mencerahkan kulit
- membantu menghilangkan bintik-bintik hitam
- menghaluskan kulit- memudarkan dan menghilangkan parut dengan penggunaan yang berterusan
- melembabkan kulit seterusnya menaikkan seri wajah.
- membuatkan kulit muka anda lebih cerah, lembut dan tegang
- Menanggalkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
- Memudarkan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat
- Menanggalkan kesan solekan dengan efektifJIka digunakan sebagai sabun mandi pula, ia membantu
- Menanggalkan bintik hitam atau kesan hitam di ketiak, siku dan peha anda.
- Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit bermasalah
- Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
- Badan anda tidak akan melekit walaupun ketika atau slps berpeluh
- Boleh menghilangkan bau badan


Kolagen ialah ramuan yang lazimnya terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini.
Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.
Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Testimoni

TESTIMONI 1 
Saya telah mengguna sabun kecantikan susu beras dan setakat ni amat puas hati. Buih sabunnya yang halus dan lembut membuatkan kulit wajah jadi lebih licin dan tidak kusam. Ia dapat membuang sel kulit mati, kesan jerawat, mengecil pori muka dan mencerah kulit. Saya sangat berpuas hati


TESTIMONI 2 
Saya sungguh berpuas hati setelah menggunakan sabun kecantikan ini, kerana ia menghaluskan kulit muka saya , lebih licin , liang roma semakin kecil, muka terasa tegang saya mendapat keyakinan apabila berurusan dengan ramai orang. Anda patut mencubanya ...barulah mendapat tahu kebaikannya, lagi ianya menjimatkan"



TESTIMONI 3
Selama ini saya mempunyai masalah kulit wajah yang tidak bermaya, kusam dan berjeragat. Selepas 3 hari menggunakannya, wajah saya nampak bersinar dan berseri. Jeragat juga semakin hilang. Saya sangat gembira dengan keberkesanan SABUN SUSU BERAS. Suami dan keluarga saya pun sangat berpuas hati dan mengalami perubahan seperti yang saya alami.



 TESTIMONI 4
SABUN SUSU BERAS bagus kerana bila kita menggunakannya kulit kita tidak berminyak dan kulit kita juga menjadi tegang. Bekas hitam yang ada di muka juga beransur hilang.Yang paling bagus ialah kulit wajah bertambah halus.


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Thursday, May 1, 2014

Belajar dengan muzik


Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mengulang kaji pelajaran. Ada yang memilih untuk berada di dalam keadaan sunyi sepi, duduk bersendiri di dalam bilik atau perpustakaan. Itu adalah konsep mengulang kaji pelajaran normal dan banyak diamalkan pelajar.
Tapi ada juga yang memilih untuk ‘study’ di kafe atau pusat membeli-belah. Khabarnya kalau terlalu sunyi ia akan melayangkan fikiran untuk memikirkan perkara lain dan apa yang dibaca langsung tidak menyerap dalam otak. Itu cara lain pula. 
Bagaimanapun Gen Y percaya semua kaedah mengulang kaji pelajaran itu mengikut kesesuaian dan keselesaan kepada setiap individu. Kalau cara yang digunakan tidak berkesan, sudah tentu seseorang itu akan mengubah gaya belajarnya. 

Namun tidak terkecuali mereka yang gemar mengulang kaji pelajaran sambil mendengar muzik. Kebanyakan mereka memilih untuk berada di dalam bilik dan memasang radio atau alat pemain muzik secara perlahan di belakangnya. Kadang-kadang mereka memilih membuka radio untuk menjadi peneman ketika belajar.

Tapi persoalannya, bagi mereka yang tidak pernah mencuba kaedah ini, adakah cara ini sesuai dan berkesan?

Menurut kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi klinikal di Amerika Syarikat, Dr Emma Gray, pelajar yang mendengar muzik ketika belajar adalah pelajar yang cemerlang di dalam bidang akademik. Mereka jenis yang ‘cepat tangkap’, bijak dan mudah memahami segala teori yang diterangkan dalam sesebuah bahan bacaan.

Namun ia bukan sekadar muzik kerana kajian juga mendapati adalah penting memilih lagu yang sesuai dengan subjek yang dipelajari. Tidak semua mata pelajaran anda boleh memilih pemuzik kegemaran untuk dijadikan teman ketika mengulang kaji pelajaran.

Jika anda sedang mengulang kaji pelajaran matematik, muzik bergenre klasik perlu ada di dalam senarai lagu anda. Itu adalah fakta yang sudah direkodkan berdasarkan kajian yang dilakukan. Kajian menemukan, untuk merangsang daya ingatan dan meningkat tumpuan pembelajaran, mendengar muzik klasik ketika mengulang kaji mampu mendapatkan purata markah lebih 12 peratus di dalam peperiksaan matematik.

Muzik adalah susunan bunyi yang merehatkan di mana minda menjadi lebih tenang, imaginasi mampu diproses dengan baik dan tumpuan boleh ditingkatkan. 

Penulis sendiri mengakui yang mendengar muzik berentak perlahan, romantik dengan geselan muzik akustik mampu membantu untuk kita memahami sesuatu yang dibaca dan sekali gus membuatkannya terus melekat di dalam otak. 

Bagaimanapun dalam kajian sama ada meletakkan beberapa langkah yang harus dilakukan oleh mereka yang belajar dengan mendengar muzik untuk memastikan yang ia lebih berkesan dan praktikal. 

Antaranya termasuklah mengelakkan diri daripada mengulang kaji pelajaran dengan mendengar muzik sehari sebelum peperiksaan. Ini kerana sehari sebelum peperiksaan adalah masa terbaik untuk kita hanya melihat kembali kesemua bahagian yang sudah dibaca dan difahami untuk memastikan yang setiap satu fakta itu terus melekat dalam otak.

Keduanya dengan mencuba dengar muzik tanpa lirik kerana lirik itu boleh mengganggu terutamanya lagu kegemaran kita. Sibuk otak yang memproses pelajaran yang dibaca, sibuk pula bibir kita menyanyi perlahan lirik lagu tersebut. Itu tidak berkesan. 

Ketiga pula, cuba mendengar muzik perlahan atau sederhana perlahan kerana muzik yang kuat hanya akan mengganggu otak untuk memproses.

Elakkan mendengar muzik yang mempunyai pukulan dram yang kuat seperti muzik rock atau muzik keras kerana ia mempunyai potensi mengkhayalkan fikiran untuk memikirkan soal lain ataupun menyanyi sama.

Kelima pula dengan mengelakkan diri mendengar muzik baru kerana akan menyebabkan anda lebih memberi tumpuan mendengar lagu baru yang tidak biasa didengar selain perlahankan muzik latar belakang untuk memastikan tumpuan otak masih berada pada buku yang dibaca.

Bagaimanapun, setiap langkah dan resipi ini hanya berdasarkan kajian yang dilakukan dan tidak semestinya relevan untuk diguna pakai oleh semua individu. Semuanya terpulang pada anda. Kadang-kadang proses pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan tidak membosankan. 

Di samping mengulang kaji pelajaran tanpa tekanan, pada masa yang sama kita masih boleh berhibur.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/25
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Bodoh kerana cinta


Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kebanyakan kes ini membabitkan remaja.
Kita terpaksa akui, di usia remaja, kita lebih mudah hanyut disebabkan banyak perkara. Cinta, hasutan kawan dan sebagainya antara punca membuatkan hidup porak peranda. Penulis tidak menyalahkan Gen Y untuk berpasangan, asalkan tahu had dan berfikiran waras, tidak ada salahnya.

Remaja melayu paling ramai
Remaja berumur 14 hingga 17 tahun adalah golongan yang terbanyak dilaporkan hilang di negara ini. Remaja perempuan kaum Melayu pula mencatatkan statistik tertinggi hilang berbanding kaum lain, tetapi kelompok itu juga tersenarai dalam kadar tertinggi mangsa yang mudah dijumpai semula.
Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan, Cawangan Hal Ehwal Awam Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, secara kiraan rawak, dua daripada tiga laporan kes orang hilang membabitkan wanita.

Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nazirah Hassan berkata, negara kini berada di dalam perubahan ke arah kemajuan yang membawa arus hedonisme (fahaman bahawa keseronokan adalah matlamat utama dalam hidup), sekali gus memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya remaja.

“Kalau kita lihat remaja yang dilahirkan kini di atas fasa yang penuh agresif memberontak, celaru identiti, mudah terpengaruh dan lebih kepada ke arah kebebasan,” katanya. Daripada kes kehilangan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik dari sebuah hentian bas di Seksyen 9, Shah Alam 31 Januari 2012, sebelum berjaya diselamatkan Polis Thailand di Bangkok pada 11 Mac tahun sama, masalah ini datang secara berpakej. Ia bukan saja desakan dalaman diri, tapi sistem sosial dan keluarga menyumbang kepada remaja untuk lari daripada rumah.

“Ini bukan era menuding jari kepada remaja, menyalahkan kerajaan, pihak polis dan pihak lain kerana orang yang paling dekat dengan anak ialah ibu bapa. Ibu bapa harus belajar cara mendidik anak generasi Y, generasi moden sekarang tak boleh dididik dengan cara marah, rotan, dan sebagainya, tetapi sekarang ini ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak, tahu apa masalah mereka, benarkan anak bagi pendapat,” jelasnya.

Faktor berlaku masalah ini dikongsi Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din. Ulasnya, kajian terhadap 379 remaja yang pernah lari dari rumah menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh kawan, 55 kes ingin bebas, 41 kes bergaduh dengan keluarga, 38 kes bosan dan 35 kes kurang kasih sayang.


Dua orang lari rumah setiap hari

Sebenarnya kes orang hilang tertinggi dicatatkan kerana cinta. Secara purata, sekitar 800 orang dikesan sanggup meninggalkan keluarga setiap tahun atau puratanya lebih dua orang setiap hari. Tidak hairanlah, penangan cinta adalah faktor tertinggi yang menjadi dalang dalam kes orang hilang di seluruh negara bermula dari tahun 2000 yang direkodkan oleh PDRM.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengurusan Cawangan Hal Ehwal Awam PDRM, daripada 25,243 orang dilaporkan hilang antara 2003 hingga 2008, seramai 3,957 atau hampir 16 peratus membabitkan kes mengikut kekasih. Paling menarik, 99.9 peratus orang hilang demi cinta buta ialah perempuan, namun ada juga lelaki yang lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Kesemua kes membabitkan Bumiputera bukan Islam.

Namun perangkaan ini amat menakutkan kerana ia menunjukkan bahawa kini semakin ramai gadis sanggup melarikan diri semata-mata ingin bersama kekasih yang menjadi faktor paling tinggi kes orang hilang di Malaysia setiap tahun sejak 2000.

“Tahun 2007 saja, seramai 868 daripada 5,355 kes orang hilang kerana faktor itu, angka tertinggi dalam tempoh lima tahun sebelumnya. Pada 2003, kes lari kerana cinta mencatat peratusan terendah iaitu 14.1 peratus atau 698 daripada keseluruhan 4,939 kes,” jelas jurucakap jabatan itu.

Faktor kedua yang mendorong kes orang hilang ialah pengaruh kawan sebaya, diikuti perselisihan faham dengan keluarga terutama ibu bapa. Seramai 3,741 kes orang hilang dalam tempoh lima tahun itu akibat pengaruh rakan sebaya dan 69.4 peratus atau 2,598 orang adalah wanita.

“Ada juga kes hilang akibat pergi cari pekerjaan, tidak siuman atau bodoh, tidak minat belajar dan paling melucukan dibawa lari oleh ibu atau bapa sendiri. Punca lain ialah tertipu dijadikan pelacur, penagih dadah dan mangsa cabul oleh keluarga,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/26
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Laungan kalimah merdeka


Kemerdekaan yang kita kecapi, kini meniti usia enam dekad. Setiap kali mentari Ogos tiba, semua rakyat Malaysia berpeluang melaungkan kalimah merdeka. Ogos bakal menjelang tidak lama lagi, perkara sama pasti dilakukan rakyat Malaysia berulang-ulang kalinya.
Bila mengimbau kembali sejarah silam Malaysia, kalimah ini dilaungkan tujuh kali oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman sebagai simbolik bebasnya tanah air daripada jajahan musuh. Namun, kalimah yang dilaung itu sekadar bergema menghiasi alam.
Maksud yang terpatri di sebalik seruan itu sebaliknya tidak dihayati sepenuhnya. Apakah kalimah ‘merdeka’ yang kita laungkan bersama itu hanya laungan semata-mata? Fahamkah kita makna patriotisme di sebalik apa yang dilaung itu seperti soal pantun di atas?

Apakah punca seseorang individu kurangnya patriotisme dan bagaimana ingin mengembalikan rasa itu kembali?

Pepatah Melayu ada mengatakan ‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’. Ungkapan terbabit boleh dikaitkan dengan wira pahlawan masa lampau negara kita. Jerih dan payah perjuangan bukan untuk populariti tetapi kerana maruah dan perasaan cinta pada tanah air sendiri.

Bagi mereka ‘Biar putih tulang, jangan putih mata’. Mereka rela berkorban daripada terus melambaikan bendera putih pada seteru. Tiada istilah mengalah dalam kehidupan masyarakat dulu. Maruah dan hak perlu diperjuangkan hanya dengan berkorban. Tidak senang berkorban demi hak dan kebebasan untuk diri sendiri, apalagi untuk orang lain.

Bak kata Almarhum Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, ‘Merdeka itu adalah suatu perkara yang bukan mudah untuk diperoleh, ia memerlukan pengorbanan bukan saja wang ringgit, usaha, tenaga tetapi bahkan nyawa sendiri juga.’

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah bebas daripada penjajahan, kurungan, naungan, lepas daripada tebusan atau tuntutan, berdiri sendiri serta tidak bergantung pada orang lain. Kemerdekaan terbabit dicapai kerana adanya semangat patriotisme.

Patriotisme pula menurut kamus dewan edisi sama, ia diertikan sebagai perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Individu yang patriotik sanggup mempertahankan kedaulatan negaranya. Dengan kata lain, seseorang yang memiliki semangat patriotik mempunyai kepercayaan mengenai kebesaran dan kebenaran negaranya, menghargai simbol-simbol yang menjadi kebanggaan negara dan melaungkan kalimah merdeka dengan bersemangat sebagai tanda kesediaannya untuk mempertahankan negara.

Menurut Azman Sharif (2012), istilah patriotisme dikatakan berasal daripada bahasa Latin iaitu patriota dan patriote dalam bahasa Perancis serta patriot dalam bahasa Greek yang membawa pengertian individu yang sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan disebabkan rasa cinta yang wujud terhadap negara. 

Manakala isme pula merujuk kepada fahaman, perasaan dan semangat. Cantuman dua rangkai kata ini melahirkan satu istilah baru dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi menggambarkan semangat dan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada musuh.

Webster (1990) pula menyatakan ‘love of country or devotion to the welfare of one’s country. Those who are loved their country simply because it is their country - because it is the birth place and the mansion of their father’.

Datuk Prof Dr Mohd Ruddin, Mohd Shamsuri, Rahman Hashim dan Albert Feisal menyatakan patrotisme juga sering dilihat sebagai ‘nasionalisme rasmi’ atau official nationalism bagi sesebuah negara (Kellas, 1991). Sebagai sebuah negara merdeka juga, Malaysia memiliki kedaulatan tersendiri. Ia dilambangkan dalam pelbagai bentuk interaksi simbolik. 

Bendera negara, umpamanya adalah simbol kepada kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara. Maka, mengibarkan bendera sebagai menzahirkan rasa cinta dan syukur menjadi warga sesebuah negara adalah satu tingkah laku mulia. Begitu juga dalam soal penghormatan terhadap Malaysia menerusi lagu kebangsaan. 

Berdiri tegak ketika lagu Negaraku dinyanyikan adalah satu bentuk penghormatan fizikal yang senang diukur tetapi sejauh mana ia dihayati sebagai simbol kebesaran negara adalah amat sukar dikenal pasti. Pada realitinya, lirik lagu kebangsaan membawa makna yang cukup signifikan sehingga mampu membarakan api perjuangan yang berkobar-kobar dalam sukma sejagat. 

Namun, tidak semua masyarakat mampu mengucap syukur dan menghargai jasa mereka. Masyarakat kini alpa pada negara sehingga ada yang sanggup memperlekehkan kewibawaan dan kedaulatan negara Malaysia. Ada yang mencaci, mengutuk malah menghina bekas pejuang yang sudah tiada. Misalnya, kes membakar bendera negara.

Kes ini pernah diterbitkan Berita Harian bertarikh 10 September 2007 di halaman keempat. Inikah balasan sebahagian rakyat pada pejuang lama kemerdekaan? Perbuatan sebegini bukan saja menampakkan rakyat di negara ini ‘seperti kacang lupakan kulit’ serta memalukan, malah maruah negara juga akan terjejas disebabkan perbuatan khianat ini. 

Jika mahu menunjukkan kebencian dan kemarahan kepada sesuatu pihak atau negara, maka ‘membakar bendera’ bukan perkara yang patut dilakukan. Selain itu, ada juga rakyat yang sanggup memburuk-burukkan lagu milik negara sendiri. Lirik lagu asli ‘Negaraku’ yang asal diubah kepada lirik yang tidak sedap didengari. 

Disebabkan hadirnya rasa marah atau benci dengan negara sendiri, berbagai-bagai perbuatan sanggup dilakukan demi memuaskan nafsu murtad yang menjajah dalaman hati seseorang individu. Ada juga kes perhimpunan awam dan mogok. Oleh sebab ketidakpuasaan hati, sebahagian rakyat sanggup melakukan perbuatan khianat ini demi kepentingan dan hak sendiri. 

Biasalah ‘rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain’. Bukan itu saja, jika ditanya Perdana Menteri yang pertama hingga sekarang, ada yang tidak mampu menyebut nama mereka. Itu belum lagi memasuki skop bekas pahlawan tanah air seperti Tok Janggut, Rentap, Dato Bahaman dan Dato Maharajalela. 

Punca pertama seseorang individu itu kurang mempunyai rasa cinta pada negara adalah kerana leka akibat tempias arus pemodenan. Masyarakat kini sibuk mengerjakan hal sendiri tanpa memikirkan kepentingan negara. Gajet terbaru, fesyen terkini, hampir semua rakyat tahu apabila ditanya persoalan mengenainya.

Rakyat kini ingin hidup moden tetapi lupa tanggungjawab pada negara. Masih ingatkah kita pada perwira negara yang bukan saja sanggup berjuang meskipun darah tumpah sekalipun? Jika diimbas kembali dari mula pendudukan Inggeris pada 1786 apabila Francis Light mula mengibarkan bendera penjajahan secara rasmi di bumi Tanah Melayu, sudah pasti kita memiliki hati yang benci dan dendam bila penjajah asing sewenang-wenangnya mengibar panji mereka di tanah air yang tercinta (Sara & Syafina, pidato berjudul Perjuangan Kemerdekaan). 

Kita dikongkong, dijadikan hamba manakala penjajah bergoyang kaki, minta disembah seperti raja. Mahukah kita sejarah itu berulang semula? Mahukah kita sekali lagi ‘ibarat burung di dalam sangkar, mata lepas, badan terkurung?” Seterusnya, aspek kekeluargaan yang rapuh juga menjadi punca seseorang individu itu kurang patriotisme.

Bila sudah bergelar ibu dan bapa kepada seseorang anak, pastinya punca pendapatan itu penting. Malah, masih bujang lagi pun kita sudah sibuk bekerja demi mengubah taraf hidup. Awal pagi turun kerja, lewat malam baru balik. Motif utama masyarakat kini adalah untuk menggapai hidup yang senang dan mewah.

Kemewahan yang melimpah-ruah ini menyebabkan sebahagian masyarakat ‘Seperti ayam bertelur di padi’. Jadi, apabila anak dan ibu bapa masing-masing sibuk bekerja dan punyai tanggungjawab sendiri maka tiada masa untuk diluangkan bersama. Penjajahan era baru ini dipanggil konsep langit terbuka jauh lebih merbahaya kerana ia membabitkan minda (Mohd. Adi, esei kemerdekaan berjudul Rakyat Berjiwa Merdeka).
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/29
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Cari rasa tenang


Pengasingan diri daripada semua orang itu adalah normal dan ia adalah satu fasa bagi setiap remaja yang berada dalam dilema. Terdapat banyak sebab mengapa seseorang itu mula mengasingkan diri daripada khalayak dan ‘buat hal sendiri’. Faktor terbabit biasanya dipengaruhi oleh penyesalan ataupun kegagalan dalam hidup. 
Menghindarkan diri itu bukan bermakna seseorang itu sudah menyerah kalah dalam hidup bahkan dia kuat dan mungkin berhasrat mengubah diri yang serba kekurangan ataupun ingin menarik diri daripada kancah kegelapan. 

Individu yang ingin mengasingkan diri biasanya tidak mempedulikan hal orang lain kerana baginya, penyesalan terhadap sesuatu dan perubahan diri itu lebih penting tanpa bantuan sesiapa pun. Pendek kata, remaja sangat leka dan mudah melakukan apa saja yang diinginkan tapi akan ada suatu saat di mana anak muda ingin mencari ketenangan mahupun kebenaran mengenai kehidupan yang penuh penipuan.

Apabila telefon berdering tidak diangkat, pesanan ringkas tidak terbalas dan sosial media ditinggalkan, itu bermakna seseorang individu ingin ‘berehat’ sebentar dan mahu mencari kepuasan diri dan makna penting dalam hidup.

Lihat saja ramai remaja yang kecundang dan mudah putus asa kerana tidak yakin akan usaha dilakukan. Mudah untuk menyerah kalah seperti membilang satu, dua dan tiga tapi sukar untuk mencapai matlamat diri yang memerlukan usaha berterusan. Pengasingan diri daripada masyarakat itu ada kebaikannya namun ada juga keburukan jika cara untuk mencari jalan yang lurus itu tidak bertepatan. 


Punca utama 

Tekanan dalam diri - tertekan itu adalah lumrah dalam hidup. Semua kelompok usia tidak kira remaja mahupun dewasa pasti mengalami tekanan berulang kali dalam hidup. Namun, tekanan itu kadangkala memberikan impak cukup besar sehinggakan kamu ingin menyerah kalah dan tidak ingin berjuang mengharungi kekangan dalam hidup. Sama ada dalam aspek pekerjaan mahupun pergaulan, tekanan itu adalah pasti dan tidak boleh dielakkan. 

Terlalu sensitif - Selain itu, kamu mungkin berang dengan seseorang dan tidak dapat menerima kata-kata negatif yang dilontarkan tapi pada masa sama kamu tidak berupaya untuk mengubah keadaan itu. Seterusnya, kamu membuat keputusan untuk mengasingkan diri kerana tidak tahan dan kononnya ‘merajuk’ untuk tidak bergaul dengan mereka lagi. 

Mulut murai - Mungkin kamu seorang yang selalu membuat ‘onar’ di mata orang lantas menyebabkan khalayak membenci diri kamu. Lebih teruk lagi apabila semua rakan baik mula sedar akan perangai kamu sebenar. Tindakan yang mereka lakukan tidak lain dan tidak bukan ialah ‘memulaukan’ diri kamu dan jika berjumpa hanya ‘hai & bye’. 

Kegagalan - punca lain juga termasuk kegagalan yang kamu alami dalam hidup, sangat perit dan mengganggu emosi kamu secara keseluruhan. Kadangkala peristiwa kegagalan itu meracuni otak kamu sehinggakan diri tidak berupaya berfikir positif dan sentiasa mengingati peristiwa pahit itu. Misalnya, kamu gagal dalam percintaan dan itu menjadikan kamu tidak tentu arah dan rasa tertekan. 

Rasa bersalah - Lain punca adalah disebabkan diri kamu yang rasa bersalah sehingga tidak dapat memaafkan diri sendiri. Kadangkala sifat kamu yang suka menyusahkan orang lain itu membuatkan mereka menghindari dan membenci kamu. 


Bebas tekanan 

Kadangkala apa yang kita hendak dalam hidup tidak tercapai walaupun kerap kali berusaha tanpa henti. Itu juga punca mengapa kita ingin membebaskan diri daripada kelompok masyarakat. 

Usaha untuk mencari ketenangan itu ada kebaikannya dan ia positif. Antaranya, kamu boleh mengurangkan kadar tekanan yang ada dalam diri. Mengalami proses kegagalan dalam hidup mungkin sangat berat untuk kamu dan ia membebankan diri. Apabila sudah sampai masa kamu bertenang dan fikir kembali di mana silapnya, hidup kamu akan jadi lebih tenteram dan bebas daripada cengkaman masalah. 

Selain itu, masa yang terluang itu boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti diri yang banyak kekurangan. Misalnya, kamu seorang yang malas berjaya, tidak suka bergaul dan lain-lain sifat negatif yang ada pada diri. Sikap itu boleh diubah kerana kebiasaannya cara yang paling elok untuk meningkatkan kualiti diri adalah melalui kaedah pembacaan dan mendapat didikan dari guru. 

Kamu juga boleh mendapat bantuan dari rakan atau sesiapa pun yang rapat dengan kamu. Mereka sebenarnya bertindak menjadi penghibur dan penasihat yang paling berkesan untuk kamu terus cekal dan kuat mengharungi hidup. Apabila bertemankan mereka yang positif, maka nescaya sifat negatif yang mendorong kepada kegagalan itu boleh dibuang jauh-jauh. 

Setidak-tidaknya mempunyai teman itu adalah lebih baik daripada mengasingkan diri tanpa berjumpa sesiapa. Dengan bantuan orang lain, kamu akan jadi lebih bermotivasi. Walaupun kadangkala terpaksa bergantung harapan terhadap orang lain, mereka sedikit sebanyak boleh memberikan inspirasi dan paling penting tidak mengharapkan balasan untuk menceriakan kamu, menjadikan kamu seorang yang lebih positif. 

Dari aspek hati dan nurani, sekurang-kurangnya mengasingkan diri itu dapat membuatkan kamu berfikir lebih rasional. Mungkin selama ini kamu bergelumang dengan maksiat dan sentiasa mengikut apa saja budaya barat yang popular. Pengasingan diri itu membuatkan kamu menilai kembali apakah benar apa yang dilakukan selama ini dan yang lebih penting adakah ia memberikan apa-apa kebaikan atau impak positif pada keluarga, masyarakat atau negara. 

Jika kamu membuat keputusan untuk meningkatkan tahap kerohanian dalam diri, itu adalah suatu kesedaran dan patut dilakukan dengan segera. Ia lebih mudah dilakukan saat kamu berseorangan tanpa halangan daripada orang lain. Dengan cara ini, kamu boleh melihat dunia dengan perspektif yang berlainan dan ternyata lebih positif dan dapat menangani apa juga masalah yang melanda di masa hadapan dengan lebih profesional dan berkesan. 


Ambil iktibar 

Proses mengasingkan diri itu penuh dengan cabaran dan dugaan. Bagi merealisasikan impian kamu menjadi seorang yang lebih positif dan baik pada masa hadapan, perlu menggunakan masa yang berkualiti itu dengan sebaik mungkin. 

Bukan semua waktu kamu boleh meluangkan masa memikirkan masalah diri sendiri. Kadangkala sibuk dengan hal lain sehingga tiada masa untuk merenung keburukan yang ada pada diri. Ambil masa yang terluang itu untuk mengisi kekosongan yang ada pada diri dan gunakan ia dengan baik. 

Sesudah melakukan sesi pengasingan diri itu, nescaya kamu boleh menjadi individu yang lebih matang dan positif serta dapat berfikir secara rasional. Kalau dulu selalu saja sensitif dan menyalahkan orang lain, sekarang mungkin berlainan. 

Walau apa pun kekangan yang dihadapi dari kawan atau orang lain seperti cemuhan, umpatan dan sebagainya terhadap pengasingan kamu, biarkan saja dan fokus pada apa yang penting. Nak ditekankan di sini ialah kejayaan diri sendiri untuk berubah ke arah positif. Yang ingin berubah adalah kamu dan bukan mereka. 

Fikirkan bahawa sikap kamu yang tidak elok itu mungkin memberi pengaruh tidak baik kepada orang sekeliling. Oleh itu, penghijrahan ke arah positif dapat mengubah diri kamu seterusnya menjadikan kamu lebih optimis dan berfikiran lebih meluas, Insya-Allah. Selamat berjaya!
Artikel ini disiarkan pada : 2014/04/30
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^