Zan Azlee kini berada di London bersama ibu saudaranya, Kamar Mahtum Abd Wahab, 73.
Anak saudara wanita itu, Siti Zawiyah Othman, 55, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai, di sini, semalam berkata, jika betul dakwaan itu, usaha ibu saudaranya, Kamar ke sana sia-sia.
“Kami sekeluarga kecewa dan tertanya-tanya kenapa Kamar tidak dapat berjumpa Siti Aishah “Menjadi harapan Kamar untuk melihat keadaan Siti Aishah. Sekiranya tidak dapat membawa pulang, kami faham, tetapi bagilah peluang kepada mereka untuk berjumpa,” katanya. Dia yang juga anak kepada Hasnah, 88, kakak sulung kepada dua beradik itu berharap kerajaan campur tangan bagi membolehkan ibu saudaranya berjumpa dengan Siti Aishah.
“Ini saja harapan keluarga kami buat masa ini iaitu Kamar dibenarkan berjumpa Siti Aishah.
“Malah saya difahamkan, hari ini (semalam) kira-kira jam 4.30 petang (waktu tempatan) Kamar akan berjumpa Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London, Datuk Seri Zakaria Sulong untuk membincangkan kemungkinan berjumpa Siti Aishah,” katanya. Sementara itu, Hasnah yang kurang pendengaran dilaporkan kerap bertanya mengenai adiknya kepada Siti Zawiyah.
“Dia dapat mengecam adiknya melalui gambar Siti Aishah di televisyen dan surat khabar,” kata Zawiyah.
Semalam, akhbar melaporkan warga Malaysia berusia 69 tahun yang disyaki menjadi mangsa perhambaan dan dikurung di daerah Lamberth, United Kingdom sejak 30 tahun lalu dipercayai wanita kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan.
Ia berikutan pengakuan bekas guru, Kamar Mahtum bahawa mangsa adalah adiknya, Siti Aishah yang hilang sejak 30 tahun lalu.
Kamar mendakwa, adiknya yang kini berusia 69 tahun, meninggalkan Malaysia pada 1968 bersama tunang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur bahan selepas mendapat Biasiswa Komanwel.
Namun, ketika berada di UK, Siti Aishah dipercayai terpengaruh dengan pergerakan Maoist yang mengamalkan politik melampau hingga mengabaikan pengajiannya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/29
0 000 berbicara:
Post a Comment