♥ Pengikut Setia ♥

Tuesday, November 26, 2013

   Komunikasi yang penting dalam perhubungan tetapi sering diabaikan

Sudah banyak diceritakan dalam tips tips cinta dan perhubungan bahawa komunikasi adalah satu perkara yang sangat penting. Hubungan yang terjalin boleh kekal selamanya jika anda tahu cara menggunakan komunikasi yang baik saat bersama pasangan anda tidak kiralah di waktu biasa atau di dalam pergaduhan.



Jangan anggap komunikasi adalah satu perkara yang remeh, kerana jika anda salah dalam tindakan dan tidak mengamalkan komunikasi yang betul, anda sebenarnya telah meletakkan hubungan anda di tahap yang bahaya.



Jangan sesekali beranggapan jika anda sudah memiliki si dia, anda tidak perlu lagi menggunakan bahasa yang baik seperti semasa di dalam proses memikat dulu. Anda salah sebenarnya! Ingat, jika anda tidak melayan pasangan anda dengan baik sekarang, tidak mustahil ada orang lain yang sedang menaruh hati dan melayan dia dengan baik.



Jadi bertindaklah sekarang jika anda tidak mahu kehilangan si dia. Mungkin anda berfikir, “eleh, dia dah jadi awek aku, jadi tak payah lah susah susah nak pikat lagi”, atau “ala dia dah memang boyfriend aku la, apa aku kata pun dia mesti terima punya”.



Adakah anda tahu, antara punca perpisahan di kalangan pasangan kekasih mahupun yang sudah berkahwin adalah kerana kurangnya komunikasi yang baik di antara mereka?



Masing masing mahu tunjuk ego lalu mereka pendam segala kemungkinan untuk berkomunikasi dengan baik, lalu terjadilah perpisahan yang sangat menyakitkan. Anda pasti tidak mahu hubungan anda jadi begitu kan?



Mari kita singkap komunikasi yang sangat penting dalam sesebuah perhubungan tetapi sering diabaikan:-



Pertanyaan yang mesra

Selalu tak anda mengucapkan selamat pada pasangan anda? Contohnya seperti mengucapkan selamat pagi dan selamat malam, ditambah pula dengan panggilan yang mesra dan manja. “Morning sayang, dah breakfast?” atau “Selamat malam, I love u”, . Nampak jiwang dan remeh kan?



Tapi sebenarnya, perkara yang dianggap kecil begini sangat penting dalam hubungan. Anda tidak perlu menjadi seorang yang romantik hanya untuk menghantar satu ucapan selamat pada kekasih anda kan? Takkan nak hantar satu ucapan untuk kekasih pun anda tidak ada masa?



Biar sibuk macam mana pun, anda harus bertanya khabar dengan pasangan anda. Tiada alasan untuk anda mengatakan sibuk sehingga 2 atau 3 hari tidak menegurnya. Satu pesanan ringkas SMS tidak mengambil masa yang lama kan?



Saya beri anda satu lagi contoh situasi. Si suami bekerja sebagai doktor dan si isteri pula bekerja sebagai peguam. Secara logik, masa untuk mereka bersama sangat sikit dan pastinya kerjaya mereka menuntut satu pengorbanan masa yang amat tinggi. Cuba anda fikir, sudah tentu mereka jarang berkomunikasi kan?



Tetapi adakah anda tahu bagaimana hubungan suami isteri itu boleh tetap bahagia walaupun masing masing sibuk? Itu adalah kerana adanya kuasa komunikasi yang baik antara mereka berdua. Jadi anda tidak boleh menggunakan alasan sibuk berkerja lalu mengendahkan pasangan.

Komunikasi saat pertelingkahan atau perselisihan faham

Masa tengah marah, orang kata macam macam perkataan yang akan keluar dari mulut kita tanpa kita sedari. Tapi ingatlah, anda tidak boleh menelan balik kata kata yang telah anda keluarkan hanya dengan alasan anda sedang marah.



Jadi sebelum apa apa perkara yang tidak elok berlaku, lebih baik sekiranya kita belajar cara untuk berkomunikasi dengan betul semasa bergaduh. Mula mula, apa yang perlu anda lakukan adalah, jangan biar emosi mengawal diri anda. Tidak kiralah siapa yang mulakan pertelingkahan dulu, anda seharusnya cuba untuk mengawal emosi dari bertindak tanpa batasan.



Jika anda yang tidak puas hati, tanya dengan si dia dengan bahasa yang halus dan lembut. Pergaduhan biasanya terjadi bila salah seorang dari anda mula bercakap dengan nada yang tinggi.



Jadi elakkan menggunakan bahasa yang kasar dan nada yang tinggi. Jika dia yang memulakan pergaduhan, cuba pujuk si dia dengan bahasa yang lembut juga. Tanyakan padanya apa yang tidak kena dan jelaskan yang anda tidak berniat untuk menyakiti hatinya.



Jika si dia sedang marah dan mengeluarkan kata kata yang membuatkan anda terasa hati, jangan melawan dan apa yang perlu anda lakukan ketika itu adalah diam. Apa akan jadi jika api berlawan dengan api? Sudah tentu bertambah parah kan?



Bersabar seketika kerana selepas dia sudah reda dari kemarahannya, dia akan meminta maaf kembali, percayalah jika si dia benar benar cintakan anda, dia akan menyesal dengan keterlanjurannya sebentar tadi. Yang penting, jangan dua dua ego, salah seorang mesti mengalah.



Dalam setiap perhubungan, kita tidak akan dapat elak dari pergaduhan dan pertelingkahan, tetapi kita boleh belajar untuk menjadi lebih baik dari setiap pertelingkahan itu. Hubungan anda dan si dia akan jadi lebih baik selepas anda berdua faham tentang diri masing masing.



Komunikasi ketika berhadapan dengan keadaan

Apa yang saya maksudkan adalah komunikasi apabila berhadapan dengan sesuatu keadaan yang tidak dirancang seperti si dia dalam keadaan sedih atau murung tiba tiba, pasangan anda jatuh sakit, dan pasangan anda dilanda masalah.



Tahukah anda, di saat ini pasangan anda sangat memerlukan anda, dan tahukah anda juga bahawa ramai orang tidak tahu cara untuk handle keadaan ini dengan baik? Contohnya bila teman wanita anda sedang dalam keadaan sedih. Anda sebagai teman lelaki seharusnya cuba untuk membuatkan teman wanita anda tenang.



Apatah lagi apabila dia mengadu tentang masalahnya pada anda, apa yang anda harus lakukan adalah memberinya semangat. Jangan sesekali abaikan setiap aduannya pada anda. Jika anda sedang sibuk saat dia mengadu masalah, katakan alasan anda dengan baik.



Jangan lukakan hatinya dengan kata kata kasar seperti, “saya tengah busy lah, lain kali lah ek”, atau “awak boleh tak jangan tambah beban saya dengan masalah awak? Saya tengah sibuk dan ada banyak benda lain lagi nak fikir”,



Di saat itu, anda telah membuatkannya lebih jauh kecewa. Apa yang perempuan harapkan sebenarnya adalah perhatian dan kasih sayang anda sebagai kekasihnya. Mereka tidak berharap anda akan menyelesaikan masalahnya, tapi cukuplah jika anda dapat menemaninya saat dia susah hati.



Ini berbeza pula dengan perangai lelaki. Lelaki bila ada masalah, dia tidak mahu teman wanitanya tahu. Jadi anda sebagai teman wanita harus faham apabila si dia berada dalam keadaan murung, jangan tanya secara direct tentang masalahnya. Cuba ceriakan dia dengan perkara lain. Jangan desak dia ceritakan masalah dia kepada anda. Lelaki sangat pantang apabila didesak.



Itu saja yang dapat dikongsikan dahulu untuk artikel ini. Diharapkan agar kita semua dapat jadi kekasih yang terbaik untuk pasangan masing masing. Kita tidak dapat elak dari masalah sepanjang hidup kita, tapi kita mampu untuk menyelesaikan masalah itu dengan baik jika kena dengan caranya. Dari hari ke hari, berusahalah untuk mengubah diri kita ke arah yang lebih baik untuk kebahagiaan kita dan pasangan sehingga ke akhir hayat.



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: