Jika sebelum ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FA M) masih mahu memberikan ‘talian hayat’ kepada pengendali negara itu untuk menghabiskan misi itu namun kekalahan kepada Qatar pada aksi kedua terakhir kumpulan D yang meranapkan impian negara seharusnya membuatkan FAM membuka mata.
Bukan hanya keputusan dalam kempen Piala Asia saja yang harus diambil kira namun prestasi sepanjang tahun skuad kebangsaan bagi 2013 amat mengecewakan apabila hanya menang dua dalam 19 perlawanan.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin mengaku badan induk itu tidak berminat untuk menyambung kontrak Rajagobal yang bakal berakhir 31 Disember ini.
REAKSI pemain negara selepas wisel penamat ditiup.
Bagaimanapun perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Exco FAM Ahad ini termasuk sama ada membenarkan Rajagobal terus membimbing skuad kebangsaan bagi aksi terakhir kumpulan menentang Yaman pada Mac tahun depan.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/21
0 000 berbicara:
Post a Comment