♥ Pengikut Setia ♥

Friday, November 22, 2013

Beri laluan atlet muda  

Petra Jaya: Ratu terjun negara, Pandelela Rinong sanggup melepaskan beberapa acara pernah disertai dan menjadi prospek menyumbang pingat emas pada temasya Sukan SEA Myanmar bulan depan semata-mata mahu memberi peluang kepada penerjun baru.

Lantaran keputusan itu, prospek emas yang mungkin diraih pada temasya kali ini menerusi terjun boleh disifatkan sebagai ‘pertarungan maut’ berikutan sandaran skuad negara mula beralih kepada penerjun baru.

“Saya ‘menyerahkan’ acara jaminan emas kerana memberi peluang kepada muka baru mempamerkan aksi masing-masing. Ini sebagai pendekatan membuktikan sejauh mana mereka bersaing di peringkat antarabangsa tanpa mengharap penerjun senior,” katanya yang hanya menyertai acara 10 meter platform individu.

Katanya, keputusan itu juga mencerahkan peluang penerjun muda bagi membuktikan kemampuan masing-masing dalam perebutan pingat kontinjen negara.


“Saya yakin penerjun muda mempunyai potensi besar menghadiahkan sekurang-kurangnya pingat gangsa terutama dalam acara 10m platform terjun berirama dan 3m terjun papan anjal.




Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/22 1  0 Google +0  0  0



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: