♥ Pengikut Setia ♥

Friday, November 29, 2013

Ehh...tak bosan ke?

Kuala Lumpur: “Tak bosan ke, tak habis-habis cerita saya dan Hans terus diperkatakan? Sudah masuk tahun ketiga cerita begini timbul. Bosanlah asyik benda sama saja,” jawab pelakon Neelofa berhubung desas-desus mendakwa hubungannya dengan pelakon dan penerbit Hans Isaac kembali intim selepas kontroversi hubungan mereka senyap seketika sebelum ini.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, gosip mengaitkan dirinya mempunyai hubungan dengan aktor itu adalah sesuatu yang basi dan bukan perkara baru yang perlu disensasikan lagi.


“Boleh tak bagi orang (di luar) dengar benda-benda baru pula? Contohnya, kalau ada sebarang perkembangan mengenai dakwaan, itu lainlah cerita.

“Kami hanya berkawan seperti sebelum ini. Kalau ada perkembangan sudah tentu saya dedahkan kepada semua,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Desas-desus mengatakan mereka menjalin hubungan mula menjadi bualan ramai selepas kedua-duanya terbabit dalam penggambaran filem Lemak Kampung Santan dua tahun lalu.


Bagaimanapun, sama ada Neelofa atau Hans menafikan dakwaan berkenaan dan sebaliknya menyifatkan hubungan mereka sebagai kawan rapat saja.

Terbaru, kelibat pasangan ini didakwa dilihat bersiar-siar bersama di beberapa lokasi di Singapura pada hujung minggu lalu.


Neelofa berkata, cerita itu adalah tidak benar dan tidak berasas kerana dakwaan seumpama itu bukan pertama kali dialaminya sejak bergelar selebriti.

“Itu bukan saya. Saya berada di Malaysia minggu lalu. Saya pasti orang salah nampak atau mereka-reka cerita untuk mensensasikan keadaan.


“Bukan kali pertama tuduhan begini dilemparkan kepada saya. Sebelum ini ada saja cerita yang timbul orang nampak saya di sana dan sini dengan dia (Hans).


“Saya tak nafikan kadang-kadang ada yang betul tapi kebanyakannya ditokok tambah saja,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/29



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: