♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, November 7, 2013

Kuruskan Badan Dengan Cepat



Sekiranya anda ingin menguruskan badan anda, anda perlu tingkatkan jangka hayat, rendahkan tekanan darah dan berusaha dengan keras untuk melawan penyakit jantung dan diabetis dalam tahun 2013 ini! Jom baca bersama saya 3 tips tentang "APA" dan "BAGAIMANA" setiap kali anda duduk 
untuk makan tanpa guna produk!

1) Makan Malam Dengan Pinggan Yang Lebih Kecil

Anda tentu tidak menyedari bahawa saiz pinggan yang anda guna
telah "berevolusi" dari segi saiz dan bentuk selepas lebih 100 tahun?

Berdasarkan kepada kajian, saiz standard untuk makan malam telah meningkat sebanyak 22 peratus dalam diameter, daripada 10 inci pada tahun 1900 kepada 12 inci dalam 2010!

Untuk lebih faham : Lebih besar saiz pinggan maka lebih banyak yang anda makan! Setuju?? 

Jadi, pilih pinggan yang lebih kecil dan anda pasti akan terkejut  betapa berkesannya pengurangan jumlah makanan yang anda ambil dan kesannya kepada diet anda :) 

Jadi, macam mana nak kurus dengan cepat? Pilih pinggan yang lebih kecil!


2) Makan IKAN untuk panjangkan hayat anda

Nak hidup lebih lama? Makanlah ikan. Kajian menunjukkan bahawa, makan 8 auns ikan setiap minggu terutamanya ikan salmon dan ikan sardin, akan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, penyakit no 1 di Amerika dan di Malaysia TOP 5 penyakit wajib!

Makan ikan juga melambatkan pengumpulan penyakit arteri tersumbat dan  juga merendahkan tekana darah tinggi. Jadi makanlah ikan salmon atau ikan sardin setiap hari sebanyak dua kali sehari. Caranya, makan sedikit untuk makan malam dan simpan bakinya untuk lauk pada waktu tengah hari keesokannya.

Dan yang pasti kita dapat berdiet untuk kuruskan badan cepat tanpa guna produk kuruskan badan.


3) Minum Susu.

Susu tanpa lemak, susu rendah lemak dan yogurt bukan sahaja sumber terbaik bagi menguatkan tulang dan vitamin D, juga membantu mencegah tekanan darah tinggi. Ramai rakyat Amerika yang kurang mengambil tiga jenis nutrisi ini, yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk seperti tulang reput dan tekanan darah
tidak stabil sekiranya kurang mengambilnya.

Anda disyorkan untuk untuk mengambil susu rendah lemak ini pada waktu pagi, tambah dengan sehiris keju pada sandwich untuk makan tengah hari anda. Anda digalakkan untuk mengambil sedikit sahaja keju kerana keju merupakan  sumber lemak yang tidak sihat sekiranya diambil secara berlebihan.

Amalkan diet ini, insya Allah anda akan dapat menurunkan berat badan anda dengan sihat dan berkesan tanpa menggunakan sebarang produk!


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: