♥ Pengikut Setia ♥

Saturday, May 4, 2013

Doaku Untuk Esok Hari

Ya Allah ya Tuhanku,
Engkau lindungilah para pengundi esok hari...berikanlah mereka ketenangan semasa pilihan raya..

Walau siapapun yang menang...
Semoga mereka dapat masih dapat membela nasib rakyat Malaysia...

Walau siapapun yang menang..
Semoga rakyat Malaysia masih bersatu..

Ya Allah ya Tuhanku,
Aku merayu agar dibukakan hati rakyat Malaysia untuk sentiasa bersatu walau berbeza persefahaman...

Semoga keamanan Malaysia yang sudah kekal lebih 50tahun ini tidak tercalar angkara pihak yang ingin mengambil kesempatan...

Ya Allah ya Tuhanku,
Lindungilah Malaysia dari konflik-konflik yang hanya menjatuhkan Malaysia... :'(

Amin...

menangis jann bila melihat berita penyokong-penyokong berlainan parti bergaduh sesama sendiri..lebih menyedihkan kaum Melayu yang majoriti...ingatlah wahai saudara-saudariku,bersatulah...walau apa pun yang terjadi dan walau siapapun yang memenangi...usah bertelingkah sesama kita..kerana, kita rakyat Malaysia.. ini negara kita... :'(

ingatlah, di masa akan datang, anak-anak kecil kita juga ingin mengecapi keamanan yang kita rasai sekarang..

P/s  proud to be Malaysian. :')


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: