♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, May 30, 2013

Teduhan Kasih



SINOPSIS

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.


Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.



Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.



Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.



Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.



Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.



SLOT: Akasia,
MULA TAYANGAN: 15 mei 2013
MASA: 7.00malam.
HARI: setiap hari Isnin - Khamis.
PELAKON: Rizal(Shah Iskandar), Sherry (Iffa), Nabila Huda( Ayu), Adi Putra(Ehsan)
ADAPTASI : Novel teduhan Kasih


p/s
tengah best2 stalk blog sendiri, cerita ni tengah main...dah alang2 tu update lah sekali kan? mih mih
this story sangat best! cuma sakit hati pulak tengok heroin kena buli je...asa nak cili2 je pembuli2 tu!

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Wednesday, May 29, 2013

Appartement á Paris



Bonjour, je m’apelle Jannah.

J’habite á  Paris.


J’ai acheté un appartement á Paris.

Il y a joli trios-piéces appartement dans le huitiéme arrondissement.


C’est un immeuble neuf,deuxiéme étage sans ascenseur.

Il y a une grande salle de séjour et deux chambres.

Les chambres  et le séjour sont trés clairs.


Il y a aussi cuisine, salle de bains, et deux WC.


La’-bas, il y a beaucoup de magasins.


En plus, il y a un petit jardin.
C’est vraiment confortable pour moi.
J’aime bien l’appartement.













Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

May Bakal Pergi



Begitu banyak cerita.

Yang takkan dapat diungkap dengan kata-kata...

hanya disni segalanya diluahkan...

May, meninggalkan cerita lalu...cerita yang dipendam sendirian...

May, walaupun ingin dilupakan pasti jua mengingatkan. 

May, datangnya dengan harapan...

May, perginya dengan kedukaan...

Biarpun sedih mengingatkan, tetap jua ku telan..

Biarpun pahit ditelan, takkan sekali aku muntahkan..

May, seandainya aku bakal bertemu kembali..

Temukanlah aku dengan kebahagiaan..

Bahagia yang dapat membuatkan aku melupakan kisah lalu....


p/s
Jun hadir...hadir dengan amaran...amaran yang final exam bakal mendekati!
hoi jannah! study!


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Saturday, May 25, 2013

Sikap 'biar papa, asal bergaya' remaja kita



RENUNGKAN sejenak sebenarnya rakyat asing yang bekerja di negara ini mendapat pendapatan di antara RM80 dan RM200 sehari hanya bekerja sebagai buruh kontrak.
Jika mereka diminta membaiki rumah persendirian, upahnya mungkin mencecah kepada RM300 sehari.
Kerajinan dan kepakaran yang ada mudah bagi mereka meminta upah yang tinggi dan itulah yang menjadikan mereka ini cepat menjadi kaya atau sekurang-kurangnya selesa berada di negara ini.
Pukul rata pendapatan warga asing kini mencecah RM3,000 sebulan. Walaupun duduk di rumah kontrak yang disediakan tetapi itu tidak menjadi masalah kepada mereka yang sudah biasa dengan keadaan sedemikian di negara mereka sendiri.
Berbalik kepada rakyat tempatan terutama sekali remaja kita, mereka lebih suka bekerja makan gaji yang bergaji kadang kala di bawah paras RM1,000 dan kalau pun bergaji hingga RM3,000 sekali pun masih merasa tidak mencukupi kerana hutang keliling pinggang yang tiada kesudahannya.
Di sebabkan masalah hutang, ada yang diheret ke mahkamah kerana masalah jatuh muflis.
Remaja kita lebih rela menjadi penganggur terhormat daripada berusaha atau sehingga mendapat pekerjaan setimpal dengan kelulusan mereka.
Tiada inisiatif untuk memperbaiki diri sendiri dan mudah berputus asa lalu berlakulah apa yang dikatakan masalah sosial di kalangan remaja itu sendiri.
Kita mesti mengubah persepsi yang terlalu negatif seperti itu dan mesti diperbetulkan minda anak-anak muda kita supaya jangan bergantung hidup dengan majikan atau mendapat pekerjaan dengan agensi kerajaan sahaja dan jangan terlalu selesa atau cuba memanjakan diri sendiri sehingga tidak mempedulikan nasib masa depan mereka sendiri.
Mulai dari sekarang diharap remaja kita bersedialah untuk menghadapi cabaran demi masa depan mereka dengan mengambil inisiatif belajar selok-belok berbagai kemahiran tambahan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan.
Bagi remaja kita pepatah Melayu ada mengatakan 'biar papa asalkan bergaya' masih tertanam dalam setiap benak remaja kita.
Mereka masih lagi mahu bekerja di dalam bilik berhawa dingin dan memakai tali leher sahaja walaupun mendapat pendapatan jauh lebih rendah daripada pekerja kontrak warga asing.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Forum/20121227/fo_04/Sikap-biar-papa-asal-bergaya-remaja-kita#ixzz2UHfWtWDS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Lebihnya Dia Dari Aku?

Ape lebih lebih?...ini kisah pasal cemburu ke hape ke jann tak pasti...tapi kekadang tu senget jugak laa perasaan bila berdepan dengan orang yang pantang tengok kita lebih sikit. Asal lebih sikit je, haaa...mulalaaa nk panas badan...takleh duk diam...

Aduh...tak baik macam tu awak, demam nanti...sebabkan nak lebih, gatal pula tangan meminjam...perbuatan tak sihat gitttuuuu...biar papa asal bergaya?...usahlah terikut ikut perasaan..kelak botak kepala nk cari jalan...

Bukan tak boleh nak berlebih..biar selesa dipakai guna sudaa...

Kekadang rasa tak selesa itu ada..melihat dan melayan kerenahnya yang tak mahu kalah. Tapi apakan daya, itu haknya sebagai manusia..kita hanya mendengar dan melihat...

Wahai awak, tiada beza saya dan awak...usah cemburu atau bersaing..I'm being me and only me...andai rasa tak puas hati, maafkan saya kerna terlebih lebih...jangan pula ingin bersaing kerna saya akan mengalah dari awal lagi..bukanlah kepakaran dan kemampuan saya untuk bersaing...

Just for whatever reason, keep smiling and move on! Usah berfikir cara ingin berlebih andai ketidakmampuan melanda..cukuplah rasa selesa itu ada dan tiada muram durja mencari jalan ingin bahagia...

P/s
Renungan gadis semasa. :)


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Friday, May 24, 2013

Cuti berganda ganda

Heyy heyyy....cuti berganda ganda! Dikalasemua orang sebuk berpusu pusu balik kampung..I'm stuck alone kt rumah sewa ni..tket habis? Tadelah! Sendiri yang tak mahu balik. Sedih memang sedih tapi bila terfikirkan test plas assignment yg bertimbun menanti tu..urm..not good meh! Soo terpaksalah berkorban sikit kan...

Alhamdulillah mak ayah faham kenapa jann pilih taknak blik kampung...hurm..taknaklah org fikir jann bukan bukan bila tak balik cuti....heyyy...ini bukan kali pertama tahu jann tak balik..hummm...

Rindu? Bohongla kalau tak..tapi kenala bersabar...kalau tak, baik takyah sambung belaja kan?

Kebosanan dikala keseorangan..migrain melanda...petang sikit mahu meronda ronda..

P/s
Update blog guna note 8.0...lancarrrrr


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Saturday, May 18, 2013

My Galaxy Note 8.0

battery dah empty so tak dapat nak ambik dedalam. :(






Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Samsung Galaxy Note 8.0





Haaa!!!hahahaha…tetibe cikjann sibuk nak review nak update pasal fon2 ni kan? Bajet hebat lah kan? Hahaha…takde, ehm ehm…sebenarnya tak sampai duplohpat jam beli gadget. So tadi lepas habis exam je terus jann pecut ke Plaza Alam Central nun! Punyela semangat nak beli kan? Over kan? Hahaha.. actually takdelah jan nak review sangat pun. Tapi kalau Tanya dari pengalaman yang baru beberapa jam memakai gadget ni, urmmm…Alhamdulillah menarik sangat. Kalau nak dikatakan indah khabar dari rupa itu, belum lagilah jann rasa. Sebab dari tadi main tak habis2 lagi bateri. Urm! Habis bila nak cas nih? ;(!

Jann just nak sentuh beberapa apps menarik jelah erh? Kalau ada yang bertambah, nanti jan update. J
Lagipun menda2 lain tu boleh tengok specs die je kan? Menda yang sama je…
Multi Window – yes! Sangat berguna untuk yang busy ke, sibuk main game ke. Tambah2 kalau ada bopren kan? Senang nak mereply mesej2 yang masuk tetibe nih. Tak perlulah nak tutup dulu apps nib alas mesej tu pastu bukak balik. We can do it at the same time lah! Macam salesman yang promote tadilah kata “sekarangkan zaman canggih, whatsapp la, wechat lah Line lah”…mudah…jann dah try tadi. Hihi
Paling jann suka bila ada office suite pro. Senangla nak buat keja guna word, excel n powerpoint. Menarik. Sebab bagi student macam jann nih, mmang laaa rajin nak angkut lappy yang berkilo2 ni panjat menara SAAS yang macam atas gunung tuh. Penat owh! Taktahulaa apa pendapat orang lain kan? But for me it is important to have such application like that in our smartphone. Kan? Polaris pun ada. Senang nak buat keja and simpan. J
Eye detector while reading. Fufufufu~ sape boleh tahan kalau tengah sebuk baca blog gossip2 tetibe fon gelap…fedup jugak kan? Dengan eye detector ni, fon takkan terpadam selagi dia boleh detect mata kita. Hoiii, hebat lettuh! Nak hape lagikan?bila membaca kemain leka lagi tawu!huhu
Pastu2, kalau ade yang kata Note 8.0 ni takleh tandingi ipad, I don’t think so lah…tapi tak tahulah sebab tak sampai sehari pun dalam tangan kan? insyaAllah, jann akan update lagi kemudian hari pasal menda alah ni kalau ada yang ingin tahu pasal note ni, drop ur comment yaa! Nanti jann replykan…jann faham, nak habiskan duit banyak2 tapi tak yakin bagus ke tidak tak best jugakkan? Haaa…so jann tolonglah setakat yang mampu. J
Nak tambah sikitlah kan? Kalau ada yang berminat nak beli guna kontrak Celcom tu, jann sikit2 jelah tak menggalakkan…yes, memang Nampak menguntungkan sebab dapat murah. Tapi bila ada charge untuk panggilan dan sms best ke? Tadi sebelum beli jann survey dua kedai jelah, celcom dan Samsung..bila compare deduanya. Memang berat untuk jann beli dari celcom tuh. Ditambah pulak dengan ketidakramahan salesman die tu, memang muka mintak pelempang (mohon salesman celcom Plaza Alam Central baca nih!) Nampak tak betapa jan tak suka. Lebih baik beli kt kedai Samsung, tak lokek melayan walaupun belum tentu jann nak beli. Hape! Kau ingt aku pakai selekeh masuk kedai kau aku tak mampu beli ke! ;(..So, biarpun beli dari Samsung agak mahal sikit tapi jann boleh guna prepaid broadband dan lebih menguntungkan, no hidden charge and no fixed charges yang perlu jann bayar tiap2 bulan. Betul tak? (sorry pengguna postpaid. L p/s jann pakai umobile
“Eh? Kenapa jann tak update gambar Note 8.0 tu?”
Sememangnya jann adalah seorang yang malas! Kalau jann rerajin satgi jann akan upload gambar je untuk satu entry lain. Gambar note je.haaa..okay tak? Haha. Btw, warnya hanya ada warna putih! Grrrr…nak itam pulaaakkkk…dan boleh buat panggilan dan sms. Jann galakkan untuk beli wireless earphone or Bluetooth earphone. Nampak pelik letak sematphone besar2 kat telinga. Pelik2..-.-‘

p/s
tak sampai seminggu terbayang nak pakai Note 8.0… :’)




Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Sunday, May 12, 2013

Cerita Tamil Oii

hahaha...Jann memang lari dari current issue yang banyak menyentuh pasal K-POP je kan? yup, jann memang minat K-POP...tapi kalau cerita Tamil ni...hehehe...minat tengok jela kan? biarpun orang cakap cerita ni overrrr sangat pun apa salah nya kan? one of my favourite Tamil movie is Singam!

so jan nak review sikitlah pasal cerita ni..hihi


SINGAM MOVIE REVIEW
Review by : Behindwoods review board
Starring: Suriya, Anushka, Prakash Raj, Vivek, Manoramma.Direction: HariMusic: Devi Sri PrasadProduction: BIG Pictures
The much-awaited Hari-Suriya combo is back in this landmark 25th film of Suriya. The story was initially narrated to Vijay for his 50th film by Hari but for some reasons Vijay could not do it and Suriya lapped it up.

Throughout the career graph of Suriya, the actor has diligently worked towards balancing the niche and the mass and this time around he has proven once again that he can deliver a commercial masala flick with as finesse as he can deliver a performance-oriented film. It is Suriya all over; the guy stumps with some gravity defying stunts, mouths a few intense sentimental dialogues, floors his lady partner passionately and challenges the baddies and cleanses the society from obnoxious elements.

Durai Singam is the SI of Nallur police station who is into the police force mainly to satisfy his father. His ambition is to expand his provision stores
Singam
business to a super market. All the same, he is sincere in his work and is the darling of his town as he settles many disputes in his town amicably. Mayilvaganan (Prakash Raj), the fraudster from Chennai, involved in criminal activities, gets trapped into a police case which requires him to sign in Nallur police station for a period of 15 days. There is a proxy who comes to do this job in the police station which triggers an encounter between Prakash Raj and Suriya that leads into a series of events between the two which form the rest of Singam.

Meanwhile, an offshoot of this plot is the love angle between Anushka and Suriya, the former comes to the village to her grand parents place for vacation and bumps in to the latter. Thankfully, it is not love at the second meeting but something that happens gradually with believable events.

Vivek as Erimalai takes charge of comedy in Singam as Suriya’s subordinate and acquits himself well. The comedy scenes do bring the intended effect and the lorry scene which results in Vivek’s suspension tops the list. There are many such enjoyable instances which are sure to get into the comedy channels soon.

Anushka looks good and acts too. When she is on the phone with Suriya and gets caught by her father Nasser, the instant play of expression to get out of the situation is noteworthy. The lady does have a good future. She rides on twin horses with glamorous costumes in the song sequences and a homely demeanor in the rest of the film. Radha Ravi and Sumithra as the parents of Suriya do a convincing job. The other supporting cast members are satisfactory.

Music by Devi Sri Prasad is nothing to rave about except the En Idhayam number. However, the morphing technique adopted to cover a few frames in this number is unwarranted. Background score is also ordinary. True to the name Singam, the film is dominated by action sequences but there is no blood and gore. Cinematographer Priyan has done a decent job.

Director Hari has stuck to his genre and has delivered a crisp film. Although the events and the premise are not something new in Singam and the formula of one scene each of ‘action-romance-sentiments-comedy', is strictly adhered to, he should be credited for rendering an engaging and entertaining product. He succeeds in holding the interest of the audience to a larger extent and satisfies the viewers.

However, in the second half, the interactions between the villain and hero get a bit drab and seem to drag on. There is not much of an intelligence displayed by the villain to counter the hero except in the climax. On the whole, Hari has concocted and packaged his masala contents in the right proportion and has served a tasty dish.

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^