♥ Pengikut Setia ♥

Friday, July 13, 2012

La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah


Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan dirinya sebagai penganut baru agama Islam. #Encik Wikipedia

Sebagai seorang Muslim, kita sepatutnya tahu maksud sebenar kalimah syahadah kan? La Ilaha Illa Allah
yang bermaksud, Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammadur Rasulullah yang bermaksud Muhammad Itu Pesuruh Allah. 

sebagai seorang Muslim lah kan, yang jan sangat2 pasti kalimah La Ilaha Illa Allah sepatutnya di sebut dengan jelas sebab makna nya yang sangat mendalam. tapi yang jan pelik, masih ramai yang confius agaknyerlah kan? (bukan semua, segelintir sahaja) hanya akan menyebut, La illah. tahu tak ape maksudnya?? TIADA TUHAN . patutkah begitu? sepatutnya kita menyebutnya dengan penuh, tak kiralah dalam keadaan sedar atau tidak. Sebagai seorang Muslim, tak logik kiranya kita memberi alasan, tak tahu maksudnya. betul tak?

dulu jan pun pernah menyebut La illah saja. tapi selepas ditegur oleh nenek jan, terus jan berhenti menyebut. sebab itu bermaksut, tiada tuhan. sangat mendalam kan? kalau terlepas satu perkataan sekalipun? usatazah jan pun selalu berpesan, bila kita membaca ayat-ayat al-Quran sekalipun, salah tajwid boleh membawa maksud yang lain. sebab itulah kita wajib belajar hukum tajwid semasa di sekolah rendah dan menengah. kalimah syahadah bukan macam bahasa melayu yang boleh di 'short form' kan atau di'rojak'kan. termasuk juga ayat-ayat suci al-Quran.

Pengucapan Syahādah perlu dilakukan dengan jelas, selain pengucap perlu mengucapnya secara jujur dan ikhlas dalam bahasa Arab


sama2lah kita membetulkan sebutan ayat-ayat suci al-Quran.

bertanya jika tidak tahu itu lebih baik dari mendiamkan diri. =)

p/s
pernah nampak senior buat status FB La illah saja tapi tak berani tegur (takde keberanian)


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: