♥ Pengikut Setia ♥

Saturday, April 21, 2012

Kami Sudah Berpisah


biarpun pahit akan ku telan jua...bukanlah permintaan ku untuk meminta perpisahan ini...bukan niatku untuk berpisah dengan cara ini...tapi cukuplah...tiga tahun pengalamanku bersamamu takkan ku lupakan...kau mengajar aku erti bahagia...tapi kau jualah yang mengajar ku erti kesengsaraan...begitu banyak pengorbananku terhadapmu...cukuplah sampai disitu...

sepanjang aku bersamamu...aku belajar erti kesabaran...aku kehilangan masa untuk bersama-sama rakan-rakan semata-mata mahu menemanimu..aku tinggalkan hobi-hobiku semata-mata untuk memuaskan hatimu...tbetapa aku setia dan jujur dengan cintaku terhadapmu?selama tiga tahun aku memndam rasa...begitu sabarnya aku melayan kerenahmu yang sentiasa mahu aku disisimu...arrggghhh!!!mulanya terasa indah dimata!tapi diakhirnya kecewa juga yang aku rasa...aku akur dengan ketentuan takdir...ku harap dirimu begitu jua....relakanlah pemergianku walaupun sedih yang akan kau terima...

jujur aku katakan masih ada sayang dalam diriku buat dirimu...tapi, cukuplah sampai disini saja...sepanjang kita bersama, silapku jua kerana membuka pintu hatiku untukmu..tapu apa kan daya ku..setiap pertemuan pastikan ada perpisahan…jadi…27 April 2012 adalah hari perpisahan kita…belajarlah melupakanku…tapi aku tak mungkin akan melupakan dirimu…kerana terlalu banyak telahku pelajari dari dirimu…

selamat tinggal DIPLOMA IN ACCOUNTANCY UITM!!aku takkan berpaling lagi!

p/s
hape?ingat couple2 je boleh putus ke?



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

2 000 berbicara: