♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, May 8, 2014

Rahsia tembikai segarkan kulit


Tembikai banyak terdapat di kawasan tropika. Pada awalnya ia ditanam di Afrika Selatan sebelum mula diusahakan oleh petani di negara tropika yang lain.
Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kecantikan kulit bagi mereka yang gemarkan penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. 
Ia kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu makan utama.

Air tembikai boleh dijadikan penyegar semula jadi yang mampu memperbaiki penampilan kulit dan merawat jerawat sekiranya di­amalkan setiap hari. Isinya boleh diurut dan disapu terus ke muka atau dicampurkan sedikit dengan madu.
Foto

Campurkan bunga witch hazel untuk membantu mengawal pengeluaran sebum berlebihan pada kulit. Tembikai kaya dengan sumber vitamin A, C dan likopen yang mampu melawan radikal bebas seterusnya tanda awal penuaan seperti kedutan, garis halus dan bintik usia.

Selain disapu pada kulit, tembikai juga bagus untuk dimakan kerana kandu­ngan air yang tinggi, mampu melembapkan kulit. Kulit kering boleh menyebabkan wajah kusam dan tidak menarik.

Vitamin A dalam tembikai juga mampu mengurangkan saiz liang pori dan mengurangkan rembesan minyak pada wajah. Paling mudah, picit tembikai untuk keluarkan jus yang ditapis kemudian gunakan bola kapas dan sapukan jus ke seluruh wajah dan leher setiap hari. Biarkan 15 minit sebelum dicuci dengan air sejuk. Ia juga boleh dicampur ke dalam madu dan yogurt untuk dibuat pupur wajah.

Kandungan serat, rendah kalori, elektrolit, vitamin dan air yang tinggi juga membantu sesiapa saja yang berusaha untuk menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar.

Tembikai juga kaya de­ngan vitamin B6 yang berperanan membantu mengurangkan rasa letih, tekanan dan kerisauan melampau, sekali gus menceriakan mood seseorang. Apabila kita sentiasa tersenyum, pasti wajah akan kelihatan lebih manis dan cantik.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/08
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: