♥ Pengikut Setia ♥

Friday, November 29, 2013

Masih belum dapat bertemu Siti Aishah

Kuala Lumpur: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di London masih belum dapat bertemu rakyat Malaysia, Siti Aishah Abdul Wahab walaupun pihak berkuasa United Kingdom sudah mengesahkan secara rasmi identiti seorang daripada tiga mangsa berkenaan adalah Aishah.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, sehingga pagi semalam, pihak berkuasa United Kingdom mengesahkan mangsa terbabit warganegara Malaysia dengan nama berdaftar Aishah Wahab dan tarikh lahir 27 Mei 1944.


“Memandangkan kes ini masih di peringkat siasatan, akses bagi mendapatkan maklumat lanjut terhad dan tertakluk kepada Akta Perlindungan Data 1998 (Data Protection Act 1998) mengikut undang-undang tempatan United Kingdom. “Pihak berkuasa tempatan belum memberikan akses terus kepada mangsa setakat ini. STM akan menghulurkan kerjasama sepenuhnya kepada pihak terbabit dalam membantu urusan penyiasatan,” kata.

Menurutnya, STM juga akan mengambil langkah susulan bagi menentukan status mangsa dari segi undang-undang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/29



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: