♥ Pengikut Setia ♥

Wednesday, November 20, 2013

Hidung putus digigit suami

Jeddah: Seorang penagih dadah dilapor menggigit hingga putus sebahagian hidung isterinya selepas mereka bertengkar.
Wanita itu yang dilapor menikam suaminya kerana mempertahankan diri kini berada di Hospital Raja Abdulaziz selepas menjalani lima pembedahan plastik untuk memperbaiki hidungnya. 
Pengarah Pusat Perlindungan Sosial Makkah Salih Al-Ghamdi berkata, mereka melawat mangsa di hospital untuk mengetahui bagaimana insiden itu berlaku. 

“Dia mendakwa suaminya menyerang dan memukulnya berulang kali, tetapi dia berjaya menikam bahu suspek. Bagaimanapun tindakan itu menyebabkan suspek berang dan bertindak menggigit hidungnya,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/2
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: