♥ Pengikut Setia ♥

Tuesday, April 30, 2013

Cinta Dalam Diam

Sudah berkali diri ini berkata..

'Wahai awak, diri ini benar-benar telus menyintai..tidak pernah cuba berpaling"

walaupun timbul rasa kecewa berkali-kali..walaupun timbul rasa ingin mengalah...namun hati ini masih mampu bertahan...

Bertahan dengan situasi..
Bertahan dengan sikapmu yang memandang ringan akan perasaan diri ini..

Akhirnya, aku memilih untuk menjauh...menjauh untuk memberi  ruang...ruang untuk sama-sama berfikir..

Kadangkala hati ini bimbang...bimbang sekiranya bakal dilupakan...tapi aku masih berpegang dengan kata-kata hikmah

"Andai benar engkau jodohku...biar beribu batu terpisah, kita pasti bertemu kembali"

Kini..
Biarlah aku menyintai dalam diam..
Memandang sekilas andai merindu...
Tersenyum sendiri andai mengingati...
Ku serah segalanya kepada yang Esa..

Andai merindu, tulus aku luahkan dalam doaku pada yang Esa...
Walau tidak kau sedari..hati ini tetap setia...
Betapa aku belajar menyintai-Nya sebelum dirimu..

Andai
Tiada lagi jodoh kita...
Aku doakan kebahagiaanmu..
Itu janjiku...

"Wahai awak, aku berjanji tak mungkin dilanda kesedihan kerana berjauhan...tapi takkan sesekali aku berjanji untuk melupakanmu.."

P/s coretan luahan hati...


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: