♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 5, 2013

Spa khas untuk Muslimah

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan

Memahami keperluan serta kesukaran Muslimah mendapatkan rawatan di spa antara sebab yang mendorong Zamzana Mohd Arifin menceburi dunia perniagaan spa.

Malah, dia mengakui agak terkilan apabila mendapatkan perkhidmatan di pusat kecantikan kerana ramai pengusaha tidak begitu menjaga batas aurat yang disyariatkan.

Ketika bekerja di institusi kewangan dulu, sekurang-kurangnya sekali sebulan dia mengunjungi spa untuk berurut dan mendapatkan rawatan wajah. Baginya ia antara cara mengurangkan ketegangan selepas penat bekerja namun agak sukar mendapatkan spa yang menjaga batas aurat Muslimah sebaiknya.

Ketidakselesaan itu me­nyebabkannya nekad menubuhkan spa berkonsep Muslimah, Suri Permai Spa di Platinum Walk, Setapak, Taman Danau Kota, Kuala Lumpur.


“Saya mula mengusahakan perniagaan berasaskan perkhidmatan kecantikan ini sejak 2010 dan ia disediakan khusus untuk Muslimah yang tercari-cari pakej terbaik untuk memanjakan diri.


“Di sini kami menjaga aurat pelanggan sebaik mungkin agar mereka boleh berehat dan melapangkan fikiran,” katanya.

Spa itu bukan hanya menyediakan rawatan badan dan wajah tetapi juga untuk rambut dan kulit kepala termasuk menggunting rambut.

Boleh dikatakan perkhidmatan disediakan merangkumi keseluruhan penjagaan kecantikan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Produk untuk rawatan wajah di spanya berasaskan sel stem dan kolagen yang memberikan keberkesanan dua dalam satu pada kulit wajah. Untuk badan pula disediakan perkhidmatan urutan, lulur, masker badan, pelunturan dan
antiselulit.

Bagi memberikan kelainan, lulur dan masker badan dihasilkan sendiri
dengan menambah elemen moden ke dalam bahan tradisional.

Spa terbabit turut me­nyediakan pakej rawatan untuk bakal raja sehari, rawatan urut untuk ibu selepas bersalin di samping rawatan spa untuk kanak-kanak mengikut kesesuaian usia.

“Pakej untuk si cilik ini membolehkan kaum ibu yang berkunjung ke spa mendapatkan rawatan de­ngan lebih selesa dan tenang,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari laman www.suripermai.com.



Bersihkan wajah menggunakan pembersih selama dua minit. Kemudian cuci dengan air bersih.
Gunakan gel pupur yang berfungsi membuang kotoran atau sel mati atas permukaan kulit wajah. Gunakan gerakan membulat untuk menyental kulit secara lembut.
Sapukan multivitamin pada bahagian bermasalah pada wajah sebelum stim wajah selama 10 hingga 15 minit untuk membuka liang pori.
Mulakan proses peng­ekstrakan untuk menghilangkan bintik hitam dan putih pada wajah.
Sapukan krim pemutih dan gel rawatan wajah diikuti masker stem sel untuk kesan anjal selama 10 minit. Kemudian sapukan penyegar untuk menutup kembali liang pori wajah dan disudahi dengan pelembap serta krim SPF untuk perlindungan menyeluruh.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/28



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: