♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 5, 2013

Kulit cantik ketika bercuti

Oleh Nor Faizah Mohamed

Merancang percutian tidak sesukar menyediakan segala persiapan dan kelengkapan bercuti. Bagi yang tidak kisah dengan penjagaan serta penampilan diri, beberapa kemeja-T bersama sebatang berus gigi, ubat gigi, sikat dan sabun mungkin sudah memadai.

Tapi, bagi majoriti wanita, kalau boleh semua keleng­kapan penjagaan diri hendak dibawa sama meskipun sedar ruang bagasi terhad.

Di sini timbulnya masalah untuk memilih produk penjagaan diri yang benar-benar penting untuk dibawa bagi mengelakkan kesan buruk pada tubuh selepas bercuti.

Set penjagaan wajah mesti ada dalam senarai, di samping barangan pelbagai guna yang dapat menjimat­kan ruang penyimpanan.


Bio-Oil antara produk pelbagai guna yang boleh dipertimbangkan kerana selain mudah dibawa, ia mampu memenuhi keperluan kulit dan tubuh.


Formulasi khas ­dengan gabungan minyak pati tumbuh-tumbuhan dan vitamin banyak membantu mereka yang mengalami masalah parut serta kesan regangan kulit.

Produk ini juga dirumus daripada bahan selamat untuk kulit sensitif. Ia menggandingkan manfaat vitamin A dan E serta ­bahan aktif ­teknologi terkini iaitu mi­nyak purcelin yang berperanan mengubah tahap sedia ada atau sekata produk hingga menjadikannya ­ringan dan tidak melekit.

Semua bahan ini berupaya membantu penampilan ton kulit supaya lebih sekata dan lembap, malah sesuai untuk semua jenis kulit.

Kala bercuti terutama di pantai, kesan pancaran matahari boleh mengakibatkan penyahhidratan dan penuaan pramatang. Walaupun ramai yang ­inginkan warna kulit yang keperangan ketika bercuti di pantai, pendedahan yang terlalu banyak kepada cahaya matahari ketika berjemur boleh mengakibatkan selaran matahari dan beberapa masalah kulit lain.

Bahan semula jadi lain dalam Bio-Oil seperti mi­nyak lavender dan kamomil membantu meredakan kulit yang mengalami selaran matahari manakala mi­nyak kalendula membantu kulit untuk pulih serta merangsang pertumbuhan sel kulit baru.

Selain itu, ia terbukti secara klinikal untuk melawan kesan penuaan sinaran ultraungu pada kulit, lalu mengurangkan risiko penuaan pramatang.

Andai percutian musim sejuk jadi pilihan, kekura­ngan lembapan di kawasan terbabit boleh me­nyebabkan kulit mengalami kekeringan dek kurangnya lembapan semula jadi.

Keadaan bibir pecah, kulit kering dan gatal antara kesan yang dialami jika tidak mempersiapkan diri dengan pelembap berprestasi tinggi.

Justeru, vitamin E membantu untuk meningkatkan kandungan lembapan, sekali gus memberikan keselesaan dan penampilan kulit yang lebih baik.




Kulit kusam dan garisan halus lebih jelas kelihatan apabila kulit mengalami kekeringan dalam cuaca yang panas dan sejuk. Pastikan wajah sentiasa lembap dengan sebaiknya sebelum menggunakan bedak asas untuk meningkatkan tekstur kulit.

Lembapkan tubuh dengan produk ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia mengisi semula minyak semula jadi kulit yang hilang akibat cuaca ekstrem atau mandi terlalu kerap serta kesan pengeringan akibat suhu panas serta perubahan ­cuaca.

Kekalkan bibir yang lembut, anjal dan lembap dengan menyapu produk ini terutama ketika cuaca kering bagi mengelakkan bibir pecah.

Jika mengalami masalah rambut kusut, sapukan ia pada rambut bagi melembut dan mengurang­kan kesan menggerbang, selain melembapkan hujung rambut yang kering.

Tambah beberapa titis dalam air mandian yang hangat untuk membantu menenangkan diri selepas menjalani hari yang panjang. Ia membantu membekalkan lapisan perlindungan lembapan kepada kulit hingga keesokan harinya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: