Namun, jika helaian yang gugur lebih banyak berbanding hari biasa, sudah tiba masanya kita memberi perhatian khusus supaya dapat mengelakkan masalah botak.
Ada beberapa cara untuk mengurangkan masalah itu meskipun ia berkaitan aspek genetik dan lazimnya ia ba-nyak bersangkutpaut dengan apa yang kita lakukan setiap hari.
Ungkapan ‘anda adalah apa yang anda makan’ juga boleh diguna pakai untuk kesihatan rambut anda.
“Rambut dan masalah kulit kepala boleh timbul sama ada kekurangan atau terlebih nutrien dalam diet kita.
“Sel rambut memerlukan diet seimbang mengandungi protein, karbohidrat kom-pleks, vitamin serta mineral untuk membantunya berfungsi pada tahap terbaik,” kata pakar trikologi di Klinik Philip Kingsley, New York, Elizabeth Cunnane Phillips.
Selain itu, elakkan penurunan berat badan keterlaluan - satu lagi punca biasa kehilangan rambut.
Tahap tekanan yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit termasuk beberapa masalah pada tubuh antara-nya keguguran rambut.
Justeru, penting untuk merehatkan fikiran seketika dan menjauhkan diri daripada tekanan. Banyak cara boleh dilakukan untuk meningkat-kan mood dan emosi antaranya bersenam, bercuti, menikmati kopi bersama teman atau membeli-belah.
Lakukan perkara yang menggembirakan sekurang-kurangnya sekali sehari bagi mengurangkan kesan tekanan.
“Membasuh rambut secara kerap menggalakkan kelemumur dan kajian mendapati kelemumur boleh menyebab-kan keguguran rambut.
“Jika mengalami kelemumur atau kegatalan kulit kepala, gunakan syampu dan perapi khusus bagi menyingkirkannya,” kata Elizabeth.
Sesekali boleh juga cuba lakukan rawatan spa sendiri di rumah dengan campuran air bunga raya, bunga mawar dan minyak kelapa.
Vitamin bukan saja baik untuk kesihatan dalaman tubuh, tapi turut mempengaruhi keadaan rambut serta kulit kepala.
Vitamin seperti kalsium, zink, protein soya, zat besi dan vitamin D, B12 serta B6 boleh ditambah dalam diet harian.
“Mungkin awalnya remeh, tapi lama-kelamaan anda akan lihat hasilnya,” kata Elizabeth.
Jika masalah keguguran rambut ini berlaku dalam kalangan ahli keluarga, lebih baik berjumpa pakar.
Ujian darah yang ringkas dapat menentukan punca ia berlaku dan pakar meneliti serta membantu merancang kaedah paling berkesan untuk mengatasinya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05
0 000 berbicara:
Post a Comment