♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 5, 2013

Sekat tanda awal penuaan

Seronoknya jika memiliki kulit halus dan bebas cela, di samping tidak perlu mengikut rejim kecantikan yang leceh hingga terpaksa mengambil masa lama.

Tapi, jika diabaikan, kulit pada wajah pula jadi mangsa kerana tiada sistem pertahanan lengkap.

Bagi masyarakat moden hari ini, aspek kecantikan dan keremajaan diri mula menjadi dua elemen utama yang sentiasa diberi perhatian. Malah, wajah yang kekal muda remaja dan bebas cela turut dijadikan tanda aras kepada kecantikan ideal, lalu majoriti tidak henti-henti mencari cara terbaik mengekalkannya serta berusaha ‘memadam’ garisan halus penuaan.

Idea menggunakan satu produk saja mungkin tidak lagi relevan dengan keadaan kulit hari ini yang sentiasa terdedah dengan pencemaran alam, tekanan dan pelbagai faktor lain.


Dermalogica, bagaimanapun berusaha mengurangkan bebanan itu menerusi serum multivitamin yang menyatukan retinoid A dengan teknologi hydroxypinacoloneRetinoate (HPR) bagi membantu menyekat tanda awal penuaan.


Rejim penjagaan wajah harian bagaimanapun tidak boleh diabaikan dan serum ini hadir sebagai langkah mudah serta inovatif untuk kesihatan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/05



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: