Mampukah aku terus beraabar?
Tatkala mata memandang kemungkaran...
Ketika bibir menyuarakan teguran...
Bagaikan berteriak menandakan tidak senang...
Mampukah aku bersabar?
Tatkala minda mula diasak persoalan..
Mengapa hanya aku yang melihat kebenaran..
Mengapa yang lain hanya mendiamkan diri..
Mampukah aku bersabar?
Tatkala hati dilanda keresahan...
Kerana tak mampu menegakkan keadilan...
Andai dibiar, kelak hanya racun yang disebar..
Ya Allah,
Andai itu takdirku,
Kuarkan imanku, teguhkan kesabaranku..
Semoga aku tidak mudah melenting melihat kemungkaran itu...
Semoga hatiku tenang tanpa keresahan..
Semoga mindaku kosong dan mendamaikan...
Padamkanlah api kebencian...tanamkanlah rasa kasihMu dalam hatiku...