♥ Pengikut Setia ♥

Saturday, November 24, 2012

Tambah Pendapatan Dengan Mudah

Assalamualaikum w.b.t...kepada semua pembaca blog comot comel nih. post kali ni jan buat khas untuk berkongsi cara untuk menambah pendapatan dengan mudah. Anda hanya perlu senyum untuk mencari pelanggan. oopppsss!! bukan seperti yang anda semua bayangkan ok?? 

memandangkan jan seorang pemalas student, so duit adalah masalah utama ditambah bila berjauhan dengan keluarga..bukan? so, meh kita saling berkongsi pendapat dengan cara menambah duit poket! ok, kalau ikut cara jan, jan jual topup untuk tambah duit poket jan. mudah! jan duduk dalam bilik je pun dah dpt duit. senangkan? jan hanya perlu berurusan dengan mesin ATM hari2 untuk tambah modal. tambah modal je tau! keuntungan jan dapat in-cash. tapi mesti ramai tetap bertanya macam mana jan dapat profit! hish!!! meh sini nak tunjuk buktiii.

klik untuk tumbesaran

sooryy jan takleh nak keluarkan lebih dari ni...ini statement keuntungan jann. so, keuntungan adalah berlandaskan percentage. lebih banyak korang jual.lebih banyak korang dapat. contohnya! untuk celcom, keuntungan adalah 4.90%. kalau ada yang beli topup RM30, so keuntungan korang adalah 30x4.90%= 1.47...so berminat tak? kalau korang berminat jom lah join! email jan whinxe@gmail.com untuk bertanya lebih lanjut. dan kalau nak tahu percentage keuntungan celcom, maxis, dan digi dan yang lain2. bolehlah emailkan pertanyaan korang yeee.

niat jan cuma nak membantu yang perlukan lebih duit poket dan kepada sesiapa yang nak tambah pendapatan seharian korang. yuran? huhu, RM20 untuk SEUMUR HIDUP!! =)



Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Saturday, November 17, 2012

Tinta Buat Sahabat Yang Kusayangi




Terlalu sunyi kehidupan ini tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati.
Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani.  Dalam mengharungi keindahan berteman dan bergembira, tentunya ada tercalit sedikit sebanyak sembilu yang terbenam di jiwa.  Namun, biasanya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dicinta.  Diamnya penuh doa agar persahabatan akan berlangsung dengan lebih sempurna.  Sebarang kekurangan akan bisa diperbaiki segera.
Tatkala berteman, jagalah tutur kata.  Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau juga kan menukar rasa.  Kita jangan samakan sahabat kita seperti kita.  Mungkin sesuatu yang boleh kita terima dan kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensitive yang boleh mengundang sedikit hampa.
Selami hati sahabat kita, sepertimana kita mahu dia memahami kita dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang tidak kita suka.
Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya.  Kerana dia tahu, sahabatnya itu tidak sempurna dan sahabatnya itu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.  Jika kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tidak akan pernah tergenggam.
Kau punya cara dan dia jua.
Janganlah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya kerana caranya yang sedikit berbeza atau sedikit pelik berbanding orang lain.  Hormati caranya selagimana ia tidak menyalahi apa-apa.  Biarlah dia dengan sifat diamnya, kita tidak boleh memaksanya membuka mulut menjadi seperti yang kita suka.  Atau biarlah dia dengan kegirangannya,dan kita boleh untuk tumpang ceria.
Dan, paling penting.. seorang sahabat tidak akan pernah membuka cerita tentangmu kepada teman-teman yang lain.  Dalam erti kata lain, mengumpat! Sahabat akan selalu melindungi sahabatnya dari menjadi buah mulut orang lain.  Menegur tidak salah malah itulah tanda cinta.
Tapi, bagaimana caranya? Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka, dan bagitahu sedalamnya apa kesalahan yang telah diperbuat.  Bukannya kita mencari kesalahannya dan membuka sesi bual bertopikkan dia.
Jika sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, itu tidak mengapa.  Perindahkan cara supaya tiada hati yang akan terluka.  Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tidak berjauhan, tetapi di hati menyimpan sesalan dan cemuhan.
Sahabat itu istimewa, kerana perhubungan sejati kerana Ilahi tidak akan terpisah, berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak sudah, kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan inshaAllah bertemu pula nanti di alam syurga yang indah.

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Friday, November 16, 2012

Hilangkan Tahi Lalat



 

Hai alls!! Huhuhu. Sekarang nih jan sepatutnya tengah siapkan preparation for first presentation BEL 492. Tapi jan curik gak masa nak update belog. Huh! Okey, baik kepada tujuan sebenar. Harini jan nak cakap pasal hilangkan tahi lalat. Tapi jan tak nak letak cara2 dulu. Nak tengok ade response tak baru jan nak letak. Hehe. Mengade tak?
Urm, untuk pengetahuan readers semua. Harini jan nak buat pengakuan berani mati yang dah lame jan simpan! Ececece. Takde la simpan sangat tapi dah takde yang bertanya so jan pun tak bercerita lah! Hoho. Ini kisah pasal diri jan sendiri. Pengalaman yang beserta bukti!
Sebelum jan masuk ke UiTM Shah Alam, jan sebenarnya ada rahsia tersembunyi. Wajah jan sebenarnya ada tahi lalat! (biasa lah tu). Okay, xdelah biasa sangat yer! Kalau sebijik dua itu dikira pemanis muka. Tapi kalau dah mencecah berbelas, bukan bahana namanya tu? Korang mesti tak caye kan? So jan akan upload imej jan sebelum dan sesudah. Huhu dah macam tajuk lagu dah.






yang ni sepatutnya tunjuk gambar sebelum dah selepas.hahahaha.tapi tak jelas plak.huuu




Terukkan muka jan berbanding wajah sahabat jan?

 



So amacam? Teruk tak? Mulanya dulu jan tak ambik kisah sangat. Tapi, bila sampai ke tahap ade lelaki yang terus reject jan sebab wajah jan terus jan terluka dan terguris hati ni. Eh? Teetttt!!SALAH! jan sebenarnya dah lama nak buang tapi ragu2 kalau ade kesan kat kulit jan ke ape ke. Takut gak kan? Dari segi agama pun jan ambik kira tau. Mulanya taknak lah buang sebab takut dikira mengubah fizikal pemberian Allah S.W.T. tapi jan tekad selepas beberapa sebab muncul kat kepala otak jan nih.
  1. Memandangkan wajah jan ada banyak tahi lalat. Dan ada dua tahi lalat, jan jadi malu nak berkomunikasi dengan orang dan jan tak pandai nak bersosial seperti kawan2 jan yang lain. *sosial disini bermaksud bersiar2 @ keluar dari rumah berjalan2*. So kebanyakan masa jan dihabiskan dengan buku je. Jan takut jugak jika imej jan menyebabkan jan bakal kehilangan peluang pekerjaan. Sape tahukan di masa hadan camne?
  2. Oleh kerana sifat kebudak-budakan jan nih, ramai kawan menganggap kalau bergurau dengan jan mesti jan tak mudah terasa. Tapi dalam hati sape yang tahu kan? Jan sangat terasa bila menjadi bahan kutukan kawan2 kerana wajah jan nih.
  3. Mak ayah jan menyokong keputusan jan. walaupun sebenarnya jan tak bagitahu pun femili jan tapi bangun pagi je dan tahi lalat dah hilang, ayah jan terus carikan ubat supaya nak pastikan tahi lalat hidup jan tuh tak tumbuh lagi. Ohho! Terharu nyaa!!!
Sebenarnya banyak lagi alasan jan tapi terlupa plak kan. Huhu. Sesape yang membaca usahlah mengkritik keputusan jan nih. Jan buat semua nih sebab imej jan banyak tercalar kerana wajah. Dan kerana wajah inilah jan hilang keyakinan diri. Tapi sekarang? Nak tengok tak? Nak? Hihihi. Okok.



 

Mula2 dulu jan tak ambik pusing sangat dengan kata2 orang. Tapi sampai mak jan sendiri pun tegur kenapa jan tak pandai nak uruskan hal ehwal kecantikan nih? Terus jan nekad! Selalunya bila mak cakap centu jan akan bagi alasan, alah mak, tekanan belajar….tapi sampai bila alasan tu nak diterima?



time jan konvo ni jan dah selesai proses!huhu. kalau nak tgk lebih banyak gambar sebelum dah selepas, tengoklah gambar2 kat post jan sebelum2 nih. =D


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

Thursday, November 1, 2012

Konvo KPTM 2012

fuuuhhh...rasanya hampir setahun jann x update blog! well...hihihihi. nampak sangat busy memanjang kan? sekarang jann dah selamat melangkah ke alam degree. masuk2 je semester4. bayangkanlah betapa sesaknya nafas jann nih. masuk sebagai pelajar bernasib baik je. tak macam yang lain. ANC jeee memanjang. T_T. kalau boleh tukar tempat. nak je menjerit2 ARAU. sekarang ni jan tgh bercuti kat kampung. lusa mau balik sana balik. huwaaa!!!! xnak balik sana dah!betapa tekanan menghadapi itu terlalu tinggi. :,(.

anyway, bukan tu cerita utama. nih nak citer nih. haritu kitrg konvo KPTM (yang uitm blom lagi ok) kt PICC. huhuhuhu. best gak leee...grand btul. mklumlaaa...bayaran pun tinggiii...so jom lah kita layan gambo!















































sweet tak kitrg? nnti yg uitm jann upload lagi yaaa!!bubye for now~

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^