♥ Pengikut Setia ♥

Sunday, June 22, 2014

Remaja OKU Ditemui Dalam Keadaan Menyedihkan

Ibu dakwa tak tahu prosedurPENGARAH Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman merupakan orang pertama menemui remaja terbabit dalam sebuah bilik rumah pangsa di Taman Semarak,Nilai, semalam.
Seremban: Ibu kepada remaja orang kurang upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Taman Semarak, Nilai, semalam, mendakwa tidak tahu bagaimana cara meminta bantuan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

Wanita berusia 40 tahun yang meminta identitinya itu dirahsiakan berkata, dia sudah lama berhasrat menghantar anaknya itu ke institusi kebajikan di bawah JKM tetapi tidak faham bagaimana prosesnya, menyebabkan niat itu tertangguh, selain kekangan kesusahan hidup. 


Mahu anak dijaga JKM 


“Namun, saya sudah buat keputusan untuk menyerahkan dia kepada jagaan JKM. Tindakan ini bukan kerana saya tidak sayangkan anak tetapi menganggap itu adalah pilihan terbaik untuk masa depannya. 

“Saya bukan saja tidak mampu dari segi kewangan, malah dari segi masa kerana bekerja mengikut giliran yang tidak menentu,” katanya yang berasal dari Tawau, Sabah. 

Muhammad Firdaus, 15, yang kurus kering ditemui dalam bilik yang sangat kotor oleh kakitangan Jabatan Imigresen, ketika Ops Bersepadu 6P di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, kira-kira jam 2 pagi, semalam. 

Wanita itu yang bekerja di sebuah syarikat katering di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata, jadual kerjanya ialah antara jam 8 pagi hingga 4 petang dan 4 petang hingga 12 tengah malam setiap hari dan kadang-kadang mengambil kerja lebih masa. 
Ditanya mengenai keadaan bilik anak yang kotor, katanya sebelum pergi bekerja, dia meninggalkan makanan tetapi anaknya bukan saja tidak pandai makan, malah menaburkan makanan hingga bersepah.

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^