Diadun dengan wangian bunga-bungaan indah dan SilkEssence yang melembutkan, rangkaian mandian Koleksi Klasik Lux dengan wangian eksklusif yang diperbaharui, tampil dengan haruman memikat serta lembapan yang mencantikkan kulit.
Diperkaya dengan haruman yang dicipta pakar haruman terkemuka yang turut menghasilkan jenama minyak wangi antarabangsa, koleksi terbaru daripada Lux itu mampu memukau bukan saja wanita, tetapi pasangan mereka, sekali gus menyemarakkan cinta antara mereka.
Pengarah Pemasaran Unilever Malaysia Herry Budiazhari berkata, mandian berkenaan bakal membangkitkan rasa yakin, mencetuskan inspirasi dan memperkasakan wanita untuk menyemarakkan cinta.
Koleksi terbaru itu terdiri daripada haruman Lux Soft Touch yang menggabungkan haruman sejambak bunga ros, freesia, melur dan mimosa yang mempesona. Lux Velvet Touch pula menampilkan keceriaan menerusi bunga-bungaan eksotik dan sentuhan memikat dan bertenaga.
Koleksi terbaru itu terdiri daripada haruman Lux Soft Touch yang menggabungkan haruman sejambak bunga ros, freesia, melur dan mimosa yang mempesona. Lux Velvet Touch pula menampilkan keceriaan menerusi bunga-bungaan eksotik dan sentuhan memikat dan bertenaga.
Haruman bunga-bungaan mengasyikkan dalam Lux Magical Spell pula mempesonakan mereka yang ada di sekeliling. Rumusannya membangkit rasa menawan dan mengkhayalkan melalui gabungan haruman eksotik orkid hitam, peony, melur dan tuberose.
Lux White Impress membuatkan kulit lembut dan berseri dengan sistem tiga tindakan unik mengandungi bahan semula jadi ekstrak mulberry dan madu. Ia membangkitkan rasa berani, mewah dan cantik.
Digabungkan dengan garam mineral, rumpai laut dan haruman menyegarkan, Lux Aqua Sparkle membangkitkan rasa segar untuk melangkah keluar setiap hari.
Seiring pelancaran mandian Lux terbaru, ia turut melancarkan peraduan Ignite The Spark menerusi laman Facebook bermula 28 April hingga 6 Julai ini. Peserta perlu berkongsi gambar kenangan bagaimana mereka menyemarakkan rasa cinta bersama pasangan dengan kata-kata ringkas.
Tiga gambar terbaik akan dipilih sebagai pemenang yang berpeluang memenangi percutian romantik ke Itali, Maldives atau Bali bersama insan tersayang. Maklumat lanjut boleh didapati di di www.facebook.com/LuxMalaysia
Koleksi Klasik Lux yang baru boleh didapati di semua kedai runcit utama. Lux bersaiz 950ml berharga RM17.90 dan 220ml berharga RM6.00 manakala pek isian semula 600ml berharga RM8.90.
0 000 berbicara:
Post a Comment