♥ Pengikut Setia ♥

Sunday, February 3, 2013

Kritikan Negatif



Apa yang akan terjadi bila kita selalu melemparkan kritikan negatif? akibatnya kesan buruk yang akan menimpa iaitu di antaranya :

1. Hati kita akan dipenuhi kebencian.
dendam dan titik-titik hitam yang susah nak dibersihkan. Bila kita selalu melemparkan kritikan-kritikan negatif pada orang lain pada situasi, perkara atau benda, kita sebenarnya melatih diri untuk berakhlak buruk. Pada kita, itu normal. Pada orang lain, itu tidak nampak normal. 

Menyusahkan. Bila kita berakhlak buruk (kita sendiri tak tau yang akhlak kita buruk) kawan-kawan akan menjauh, ahli keluarga tak suka, adik-beradik kurang senang tiap kali kita ada. Mereka akan buat berbagai cara untuk mengelak dari kita. Mereka tak suka bercakap dengan kita, simply sebab tak suka akhlak kita.

2. Banyak masalah timbul.
masalah dalam perhubungan, masalah dalam kawalan emosi, kita cepat naik marah, masalah kewangan. Akan ada saja masalah timbul satu persatu tanpa disangka. Anda akan cepat tertekan lalu menyalahkan takdir. Dari segi saikologi, fikiran negatif yang terbentuk dalam diri anda akan menarik banyak situasi-situasi negatif, seterusnya membawa kepada ratusan masalah negatif.

3. Kesihatan terganggu. 
Kita mudah dihinggapi penyakit. Dari penyakit-penyakit ringan sampailah ke penyakit-penyakit berat, banyak hinggap dibadan kita. Bersarang dan beranak-pinak kat situ. Nak buat kerja, nak pergi kerja, asyik terganggu sebab tak sihat. Bila mental kurang sihat sebab hati dipenuhi kebencian, maka ia akan mempengaruhi fizikal hingga menyebabkan fizikal juga berubah jadi kurang sihat. 

Penyakit-penyakit ringan seperti selesema, demam akan cepat hinggap kemudian lambat hilang. Seterusnya, kita akan dilanda penyakit-penyakit lain tanpa kita sedari.

4. Apa saja yang kita usahakan tak berhasil. 
Mungkin juga akan jadi kurang berhasil. Fokus hilang, menyebabkan kita bertukar-tukar pendirian, bertukar-tukar usaha. Kita akan bertukar-tukar kerja. Jika kita berniaga, kita akan bertukar-tukar jenis perniagaan. Usaha kita nampak tidak berhasil langsung. Asyik gagal, asyik tak menjadi. Kesannya, modal tak dapat balik, untung langsung tak ada. Kita bergaduh dengan orang-orang yang terlibat dalam perniagaan kita. 

Sikap selalu melemparkan kritikan negatif walaupun anda rasa sesuatu yang normal, perbuatan biasa, kata-kata yang lahir dari hati anda akan memberikan kesan buruk tanpa di sangka-sangka. Cegah sebelum parah. 

Minda kita menarik sesuatu yang serupa dengan apa yang ada di dalamnya. Jika negatif, maka minda kita akan menarik segala yag negatif datang pada kita. Ramai orang tak menyedari hal ini, sebab tak pernah mencuba untuk mengenali diri sendiri, mengenali minda dan mengawal emosi.

Motivasi Diri.

Bagaimana Berdepan Kritikan-krtikan Negatif Yang Menyakitkan Hati?
Kritkan negatif mengandungi ayat-ayat negatif sepenuhnya. Cuma levelnya berbeza-beza. Ada negatif yang membina, ada negatif yang meruntuhkan. Kritikan negatif boleh diubah menjadi kritikan positif, terpulang pada cara kita mendengar, memahami dan cara kita memandangnya. 

Jadikan kritikan negatif tu sebagai panduan untuk kita melihat jauh ke dalam diri. Mungkin, ada usaha kita yang perlu diperbaiki, ada akhlak kita yang perlu diperbaiki, ada perangai kita yang orang tak suka sangat. Kita kena gali jauh ke dalam diri kita, fahami, kemudian ubah kepada yang lebih baik. Jangan sesekali terus marah tiap kali Anda dikritik teruk kerana dalam satu kritikan negatif, ada 3 atau 4 perkara yang anda boleh gunakan untuk memperbaiki diri Anda dari situ. 

Sebagai tamsilan, orang lempar sampah pada kita kita, kita balas dengan bunga. Anggap sampah itu sesuatu yang berguna pada kita, walaupun hanya sekadar sampah. Mungkin, sampah tu kita boleh buat barang kitar semula atau digunakan sebagai umpan api ketika membersihkan kebun. Sampah walaupun sekadar sampah, masih ada gunanya. 

Kekadang kita terserempak dengan situasi di mana orang suka melemparkan kata-kata kesat kepada kita. Kita geram. Sebab dia main lepas saja, tak peduli tentang perasaan kita. Suka hati dia saja. Bila dah macam tu, kita kena cool. Jangan respon. Kawal diri. Be in control. Kawal kata-kata Anda, kawal emosi anda. Tukar kata-kata kesatnya menjadi pembakar semangat buat kita, supaya kita berusaha lagi. 

Orang suka melemparkan kata-kata kesat untuk menyakitkan hati kita supaya kita jatuh. Jadi, kita kena cool saja. Kita takkan dapat mengelak kritikan-kritikan negatif yang muncul dalam pelbagai rupa, seperti kata-kata nista, caci-maki, komen negatif, komplen, umpatan dan cakap-cakap belakang. Kita tak akan dapat mengelak. Anda kena terima hakikat itu.

Apa yang perlu kita lakukan? 
Tenangkan diri. Jangan terus melatah, jangan terus membalas, jangan terus naik marah. Tak ada apa-apa akan berubah jika anda terus marah, geram, sakit hati atau berdendam. Anda akan jadi lebih 'rosak'.

Bila sudah cool, bila sudah tenang. Cepat-cepat lupakan. Kena lupakan, sebab bila diingat selalu, ia akan menurunkan semangat anda. Anda tak akan jadi bermotivasi. Bangun pagi terasa berat, malas nak buat kerja, konsentrasi anda terganggu, perasaan anda terguris. Makan pun tak ada selera. Anda akan jadi tertekan. Anda akan diserang stress. Prestasi anda menurun. Anda akan kerap melakukan kesilapan yang akan mengakibatkan anda dimarahi, diketawakan, direndah rendahkan. Anda sendiri yang akan susah bukan?.

Untuk itu, anda perlu 'kebal' berdepan kritikan negatif yang menyakitkan hati. Anda perlu imunisasi yang amat kuat. Orang-orang yang suka memberi kritikan negatif tetap akan ada sebab mereka nak menampakkan hanya mereka yang betul, supaya mereka dihormati, dipandang tinggi. Anda hanya 'mangsa' mereka. 

Jadi, tak perlu ingat selalu walaupun ia benar-benar menyakitkan hati. Jika anda hendak berjaya dalam hidup, nak merasai bahagia berpanjangan, nak kurang dibebani masalah-masalah berat, latih diri untuk sentiasa bertenang, cool. Lupakan saja. Maafkan orang yang melemparkan kritikan negatif pada anda itu, kelak anda akan jadi lebih bersemangat pada keesokan harinya.

Antara punca kita jadi tak bermotivasi adalah kerana kita selalu mengingati perkara-perkara yang menyakitkan hati. 

Jadi mulai sekarang lakukan perubahan. Utamakan kebaikkan diri kita. Sayangi dan hargai diri sendiri terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: