Bermulanya kita semua adalah datangnya dari tempat yang penuh keseronokan dan alam yang penuh dengan kenikmatan. KeSeronokan dan kenikmatan alam semulajadi yang pernah kita alami dan kecapi sebelumnya, masih dirasai dan masih tetap mengalir melalui darah makhlok.
Surga tempat dibawahnya mengalir sungai-sungai jernih, buah-buahan dan wangian surgawi, yang pernah dinikmati oleh dato' nenek kita (Adam dan Hawa) dahulu, masih dirindui oleh fitrah. Semua diantara kita, asalnya dari dalam surge,yang penuh kenikmatan. Untuk kembali kepada alam kenikmatan atau alam sebelum kejadian itu, adalah sudah menjadi fitrahnya manusia. Alam fitrah itu tidak ada miskin, penyakit, susah, sombong, dengki, kianat, iri hati, busuk hati, tidak ada anak yang durhaka kepada ibu bapa, tidak ada dadah, tidak ada anak luar nikah, tidak ada isteri curang dan si suami tidak ada perempuan simpanan.
Yang ada dialam itu, adalah nikmat seronok, aman, damai, permai, dingin, sabar, tawakkal, ikhlas dan seribu satu macam kenikmatan. Malahan bala atau musibah sekalipun, akan dipandang nikmat dan rahmat. Ini juga diantara salah satu kaedah terapi jiwa atau kaedah rawatan secara rohani. Kaedah terapi secara ini, akan mendatangkan kesan yang luar biasa baiknya.
Yang boleh menyembuhkan penyakit kencing mani, darah tinggi mahu pun yang berpenyakit jantung. Dari situ timbullah satu perasaan mahu menghampiri diri, mendekati alam ketuhanan, alam kerohanian dan alam mengenal diri (roh). Fitrah azali manusia, semuanya menuju kearah itu, tinggal lagi ramai dikalangan kita yang tidak tahu cara atau kaedah untuk membuka pintu itu dan tidak ada ilmu untuk menuju kearah itu (ilmu mengenal diri).
Bila diri kita telah terkejut jaga dari lamunan mimpi panjang disiang hari, lalu disitulah perkataan Allah akan terlafaz melalui bibirnya yang suatu ketika dulu teramat payah untuk keluar dari benak halkumnya. Kini perkataan itu telah terlafaz dengan cara tidak disengajakan. Dari yang tidak tersengaja itulah membawa kita kepada suasana yang sengaja dilafazkan dan sengaja disebut-sebut. Lantaran itu lahirlah suatu keluhan serta rintihan hati yang teramat hiba dan syahdu melalui bibir.
Firman:-yang bermakud;
23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri, dan kalau Engkau tidakmengampunkan Kami(memulihkan kami) dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".Al - akraf ayat 23
Setelah kita mengalami musibah dan kesempitan hidup, barulah kita mencari Allah dan mahu mengaku ketetapan fitrah azali Allah. Fitrah hidup samaada suka atau duka hidup kita itu, ianya sudah ditetap dan ditulis Allah sejak azali, tertulis semenjak kita belum lagi dilahirkan.
Biarpun dengan usaha akal dan keringat ikhtiar tulang empat kerat kita, belum tentu boleh mengubah ketetapan fitrah semula jadi. Walau sekudrat mana batas kemampuan yang sanggup kita kerjakan, sekiranya tidak berubah sedari azali, tidaklah berubah seperti yang ada sekarang. Setelah menyedari yang diri zahir kita itu, tidak boleh mengubah ketetapan fitrah azali.
Marilah kita berserah diri segalanya sesuatu kepada Allah. Jangan hendaknya serah sebahagian dan sebaliknya tidak pada sebahagian yang lain. Selagi kita tidak mengenal diri, selagi itulah kita tidak tahu untuk berserah diri kepada fitrah. Selagi tidak mengenal yang mendatangkan kebahagiaan atau kecelakaan, selagi itulah kita tidak tahu untuk berserah diri kepada fitrah.
Selagi itulah kita tidak akan penah mengecapi jalan bahagia atau jalan kepuasan hidup. Untuk mengecapi rasa bahagia dan rasa kenikmatan hidup sebenar, marilah sama-sama kita menyerah kembali diri kita kedalam rumah dan kampong fitrah asal kita.
Rumah, Istana atau kampong asal kita itu adalah Allah. Allahlah rumah atau kampong fitrah asal kita, sebagaimana terdapat didalam kitab Lohhul Mahfuz, carilah disana dengan diri yang fana'. Marilah kita kembali. Selimutilah diri dengan akal fitrah surgawi, sebagaimana fitrah yang dinikmati oleh roh dato' dan nenek kita Nabi Allah Adam dan Hawa sewaktu-waktu dialam sebelum kejadian.
Bilamana kita menghayati Al-Quran dan Sunnah Rasulullah dengan hati fana', disitu timbulnya fitrah suasana surgawi itu mendatangi kalbu kita, yang membuatkan kita rasa tidak lagi perlu kepada harta kekayaan yang menimbun, malahan hartaingat kepada Allah itu, adalah kekayaan yang sebenar.
Bila timbul wajah Allah pada tiap sesuatu, tidak ada lagi keinginan pada harta kekayaan. Setelah kita rasa tidak perlu lagi kepada alam (makhlok), itulah tandanya kita telah sampai kepada tahap fitrah semulajadi iaitu ikhlas. Mereka yang ingin balik kepada fitrah semulajadi itu, adalah golongan mereka yang ingin pulang kepada Allah. Sifat kaya itu, adalah sifat semulajadi bagi Allah, sifat semulajadi bagi kita, adalah miskin.
Untuk itu, tidak lagi perlu mengejar kekayaan, cukuplah Allah sahaja yang kaya. Bila kita sedar bahawa Allah sahaja yang bersifat kaya, maka kita rela diri kita hidup dalam keadaan kemikinan. Setelah kita rela diri kita dalam keadaan miskin, itulah ikhlas. Setelah ikhlas, barulah timbul puas, setelah timbul perasaan puas, barulah kita tahu erti terima kasih, selepas tahu erti terima kasih, itulah tandanya orang yang sedar siapa dirinya.
Bila kita sedar siapa diri kita, sebenarnya diri kita itu,, tidak ada dan tidak memiliki apa-apa dan tidak punya siapa-siapa. Allahlah pemilik segalanya.Itulah fitrah semulajadi dan itulah juga tanda hati yang ikhlas. Setelah menjadikan Allah pemilik segalanya,, itulah ertinya kita telah balik kealam sebelum kejadian (alam fitrah atau alam semulajadi).
Diri kita itu sebenarnya tidak lebih dari sekadar penerima, pemegang dan penanggung nikmat Allah. Bila kita sedar dan tahu yang diri kita itu sekadar menerima nikmat Allah, tahulah kita bahawa kita sebenarnya tidak ada dan tidak punya apa-apa. Bila kita tahu yang kita tidak memiliki apa-apa, itulah tandanya dan itulah ertinya mereka-mereka yang mengenal diri. Iaitu mengenal diri dengan cara kembali kepada alam sebelum kejadian (fitrah).
Orang yang mengenal diri itu adalah orang yang setelah merasai dirinya menjadi fana'. Bila dirinya menjadi fana' (binasa). Bilamana semua sifat diri telah kelihatan sudah binasa, seumpama alam sebelum kejadian, itulah tandanya kita telah sampai ketahap mengenal diri. Disitu timbulnya kebahagiaan dan kenikmatan surga akhirat yang dahulu kita rasai, kini telah terzahir kealam dunia.
Dunia ini adalah tempat allah menzahirkan sifat rahmat kasih dan sifat rahmat saying Nya. Bagi menampakkan nikmat kasih dan nikmat sayangNya Allah itu, maka marilah kita sama-sama kembali kepada alam fitrah sebelum kejadian. Iaitu dengan mengembalikan segalanya kepada allah Ta'ala. Setelah segalanya dikembalikan kepada allah, barulah hidup kita akan menjadi tenang,lapang, bahagia, damai dan sentosa.
Tidak lagi mengharap kepada harta dunia dan kemewahan,, tidak lagi menjadi tumpuann dan tujuan hati. Itulah akhir dan penamatnya sebuah pencarian ilmu mengenal fitrah diri yang sebenar. Bagi mereka yang mengenal diri itu, yang tinggal, yang tersisa, dan yang terbaki pada dirinya itu, adalah rindu dan asyik, asyik, asyik.
Asyik itu adalah tilik penamat kepada suatu kerinduan dan tilik penamat suatu kecintaan.
Keasyikan itu, selalunya akan boleh berakhir dengan air mata. Air jernih yang terzahir melalui kelopak mata, yang mengalir membasahi pipi itu, itulah fitrah. Fitrah yang bukandibuat-buat dan fitrah yang bukan dipanggil-panggil. Kaedah mengalirnya air mata itu. Adalah kaedah pasrah dan menyerah kembali kepada alam sebelum kejadian, iaitu kembali kepada alam fitrah semulajadi.
0 000 berbicara:
Post a Comment