♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, May 2, 2013

Kempen PRU13

Seperti yang sedia maklum. Sekarang adalah musim mengundi di Malaysia.

Betapa rakyat Malaysia berbilang kaum sibuk dengan kempen-kempen parti masing-masing..tak kurang juga segelintir yang mengambil sikap "taknak masuk campur"

emm...jann tergolong dalam golongan mana ekk??cer teka...

okkay, mostly will cakap jann adalah golongan "taknak ambik tahu"..kan?

well, jann memang ada mengambil tahu jugak walaupun tak seaktif orang lain...kenapa? Bagi jann, semua itu biarlah rahsia sendiri. Tak perlu dicanang segala..bagi jann, mendiamkan diri itu ibarat menghormati semua pihak kerana fahaman masing-masing yang berbeza...

Ada jugak yang tak berpuas hati sebab jann dikatakan menghalang.. eh? Niat jann cuma satu, tak kisahla nak berkempen bagai itu..tapi sekurang-kurangnya menghormati pihak lain itukan bagus? Sekurang-kurangnya takdelah yang tak berpuas hati ke atau  terasa macam nak cari gaduh kan?

ini pandangan jann. Sebab jann dilahirkan dengan keluarga yang mempunyai dua fahaman berbeza..(faham-faham jelaa)...tapi kami boleh hidup harmoni sebab menghormati antara satu sama lain...isu sensitif tak pernah jadi topik perbualan bila berkumpul beramai-ramai. Sebab? Menjaga silaturrahim itukan lebih baik? :)

Pandangan sendiri itu tak salah...nak berkongsi pun tak salah. Tapi kena bertapis juga..bila ditegur cara baik, dah terkeluar haa ayat menghalang ****....niat nak cari gaduh laa. Cuba jangan melenting..jann tak kata jann bias sebelah pihak...tapi itulah, bila bercakap tak bertapis mulalah insiden bertikam lidah...

Tapi alhamdulillah, setakat ni jann masih mampu untuk menahan diri dari berlaku isu bertikam lidah...sebab kadangkala berdiam diri itu perlu untuk menjaga hubungan baik sesama manusia...mungkin jann memang diasuh begitu kot...tapi diam bukan bermakna kita mengalah...tapi diam bermakna kita masih sayangkan pihak itu...tak perlu terputus hubungan gara-gara fahaman masing-masing...biar berbeza fahaman tapi Malaysia tetap satu.. insyaAllah. :)

P/s harap entry ini tidak disalah erti...hanya pandangan dari rakyat biasa... :) semoga Malaysia aman sentiasa...aminnn. :')


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: