♥ Pengikut Setia ♥

Tuesday, June 18, 2013

Rahsia Kekal Rahsia

Rahsia? Sape yang tak pernah berahsia? Even awak yang sedang membaca entry jann nipun mesti ada yang menyimpan rahsia...tak kirala rahsia kecik mahupun besar..rahsia yang dikongsi bersama ,mahupun rahsia yang sisimpan kemas dalam hati..betul tak? Ececece....senyum sensorang tu mesti bermakna kan?

Dalam banyak2 rahsia, rahsia yang tersimpan dalam hati itu menyimpan seribu makna...kadang2, rahsia itu boleh menyebabkan satu perhubungan itu terputus selamanya...mungkin mudah berkata2...tapi sukar jua untuk melaksana....sebab itu rahsia kekal rahsia...

Seperti kalian semua...jann juga insan biasa..menyimpan rahsia demi mengekalkan perhubungan...cuma kadang2 itu, kesabaran dalam menyimpan rahsia bagai memuncak jua....namun hati masih keras untuk bersabar...sabar itukan separuh daripada iman?

Cuma kadang2 itu terfikir juga, sampai bila mahu berahsia....sisi gelap jann asyik berbisik, "rahsia itu harus dikongsi, supaya menyedarkan pihak satu lagi"...sisi cerah pula bagaikan menjerit "rahsia harus kekal rahsia, supaya hati pihak itu sentiasa terjaga...camne? Andai ini terjadi, apakah pilihan anda?

Pening memendam rahsia, diluahkan seperti teka teki dalam entry "Rahsia Kekal Rahsia"...bukan apa, andai terang terangan berkata2, bukankah bakal menimbulkan syak wasangka?

Mesti ada pihak yang terasa...sebab itu jann lebih senang berteka teki...biar nampak kosong tapi sebenarnya bermakna..

So, pada pemikiran jann sekarang..biarlah kekal menjadi rahsia...agar hubungan itu kekal seperti sedia kala...andai ada terguris hati.., biarlah menangis di dalam hati...supaya tiada yang tersalah erti. :')


Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: