Hai alls!! Huhuhu. Sekarang nih jan sepatutnya tengah siapkan preparation for first presentation BEL 492. Tapi jan curik gak masa nak update belog. Huh! Okey, baik kepada tujuan sebenar. Harini jan nak cakap pasal hilangkan tahi lalat. Tapi jan tak nak letak cara2 dulu. Nak tengok ade response tak baru jan nak letak. Hehe. Mengade tak?
Urm, untuk pengetahuan readers semua. Harini jan nak buat pengakuan berani mati yang dah lame jan simpan! Ececece. Takde la simpan sangat tapi dah takde yang bertanya so jan pun tak bercerita lah! Hoho. Ini kisah pasal diri jan sendiri. Pengalaman yang beserta bukti!
Sebelum jan masuk ke UiTM Shah Alam, jan sebenarnya ada rahsia tersembunyi. Wajah jan sebenarnya ada tahi lalat! (biasa lah tu). Okay, xdelah biasa sangat yer! Kalau sebijik dua itu dikira pemanis muka. Tapi kalau dah mencecah berbelas, bukan bahana namanya tu? Korang mesti tak caye kan? So jan akan upload imej jan sebelum dan sesudah. Huhu dah macam tajuk lagu dah.
yang ni sepatutnya tunjuk gambar sebelum dah selepas.hahahaha.tapi tak jelas plak.huuu
Terukkan muka jan berbanding wajah sahabat jan?
So amacam? Teruk tak? Mulanya dulu jan tak ambik kisah sangat. Tapi, bila sampai ke tahap ade lelaki yang terus reject jan sebab wajah jan terus jan terluka dan terguris hati ni. Eh? Teetttt!!SALAH! jan sebenarnya dah lama nak buang tapi ragu2 kalau ade kesan kat kulit jan ke ape ke. Takut gak kan? Dari segi agama pun jan ambik kira tau. Mulanya taknak lah buang sebab takut dikira mengubah fizikal pemberian Allah S.W.T. tapi jan tekad selepas beberapa sebab muncul kat kepala otak jan nih.
- Memandangkan wajah jan ada banyak tahi lalat. Dan ada dua tahi lalat, jan jadi malu nak berkomunikasi dengan orang dan jan tak pandai nak bersosial seperti kawan2 jan yang lain. *sosial disini bermaksud bersiar2 @ keluar dari rumah berjalan2*. So kebanyakan masa jan dihabiskan dengan buku je. Jan takut jugak jika imej jan menyebabkan jan bakal kehilangan peluang pekerjaan. Sape tahukan di masa hadan camne?
- Oleh kerana sifat kebudak-budakan jan nih, ramai kawan menganggap kalau bergurau dengan jan mesti jan tak mudah terasa. Tapi dalam hati sape yang tahu kan? Jan sangat terasa bila menjadi bahan kutukan kawan2 kerana wajah jan nih.
- Mak ayah jan menyokong keputusan jan. walaupun sebenarnya jan tak bagitahu pun femili jan tapi bangun pagi je dan tahi lalat dah hilang, ayah jan terus carikan ubat supaya nak pastikan tahi lalat hidup jan tuh tak tumbuh lagi. Ohho! Terharu nyaa!!!
Mula2 dulu jan tak ambik pusing sangat dengan kata2 orang. Tapi sampai mak jan sendiri pun tegur kenapa jan tak pandai nak uruskan hal ehwal kecantikan nih? Terus jan nekad! Selalunya bila mak cakap centu jan akan bagi alasan, alah mak, tekanan belajar….tapi sampai bila alasan tu nak diterima?
time jan konvo ni jan dah selesai proses!huhu. kalau nak tgk lebih banyak gambar sebelum dah selepas, tengoklah gambar2 kat post jan sebelum2 nih. =D
0 000 berbicara:
Post a Comment