♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 26, 2013

Menu terbaik empat restoran


Pelbagai pilihan menu lazat yang boleh dinikmati pengunjung di Hotel Hilton Petaling Jaya (Hilton PJ) sempena sambutan Krismas dan tahun baru ini.
Empat restoran menawarkan pelbagai makanan tempatan dan luar negara yang pasti membuka selera dan memberi kelainan terhadap menu anda. Alami kelazatan dengan tawaran menarik iaitu Paya Serai menyediakan makanan tempatan dan Barat, restoran Genji (Jepun) dan restoran Toh Yuen (Cina). 
Antara tawaran yang disediakan ialah gluehwein (wain mulled terdapat jenis beralkohol dan tanpa alkohol) yang menggunakan ramuan khas dan wain mulled dibuat dengan wain merah menggunakan rempah dan kismis terpilih. 

Selain itu, pelbagai pilihan makanan dan coklat Krismas boleh didapati di restoran ini. Sambil makan, Santa Claus dibawa untuk menambahkan kemeriahan majlis anda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sepuluh yang terawal setiap hari akan membawa pulang hadiah termasuk pakej percutian tiga hari dua malam menginap di Hilton. Lebih menarik, pengunjung boleh mencuba nasib dengan meneka bilangan manisan gula-gula pada dinding bermula dari 1 hingga 25 Disember ini.

Sempena Krismas ini Paya Serai menawarkan bufet bagi hidangan tempatan dan antarabangsa iaitu ayam belanda panggang dan daging kambing. 

Restoran ini menawarkan bufet makan malam, tengah hari dan minum petang dengan harga RM60++ hingga RM65++ bagi kanak-kanak dan RM115++ hingga RM125++ bagi dewasa. 

Untuk tahun baru juga disediakan untuk makan malam dan minum petang yang berharga RM50++ hingga RM65++ bagi kanak-kanak dan RM110++ hingga RM130++ dewasa. 

Restoran Genji menawarkan sashimi yang segar dan enak bersama-sama dengan tempura rangup, teppanyaki panas dan beraneka pilihan sushi, makanan panas serta pencuci mulut. Bagi promosi Krismas untuk dewasa RM140++ dan kanak-kanak RM70++ seorang. 

Restoran Toh Yuen pula menghidangkan makanan Cina secara bufet yang berharga RM80++ bagi dewasa dan RM40++ kanak-kanak. 

Restoran dan bar Uncle Chilli’s menawarkan empat pilihan bagi makan malam Krismas dan tahun baru. 

Pengunjung boleh menunggu detik tahun baru mengikut tema ‘Glow Party The Dark’ dari jam 9 malam untuk mengira detik tahun baru. 

Malah mereka berpeluang memenangi pas percuma ke parti glow dan dua tiket penerbangan dan menginap di Hotel Conrad Bali untuk dua malam. Maklumat lanjut sila lawati Facebook di www.facebook.com/hiltonpetalingjaya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18
Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: