♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 26, 2013

Hantaran konsep vintaj


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Gubahan hantaran yang indah boleh menjadikan majlis perkahwinan lebih berseri dan istimewa, apatah lagi jika hiasannya menggambarkan gaya mewah dan menggunakan bunga segar.
Membawakan tema vintaj, pemilik butik pengantin Chahaya Chinta, Siti Habsah Abd Rahim menunjukkan gaya hantaran mewah yang mampu dilakukan sendiri bakal pengantin.
Menggunakan kotak simpanan vintaj bersama kuntuman mawar dan bunga baby breath segar, hantaran untuk bekas cincin yang dihasilkan menonjolkan kemeriahan majlis.

Kata wanita ini yang sudah menguruskan butik berkenaan selama hampir empat tahun, hantaran berkonsep vintaj sememangnya popular kerana ia nampak indah dan mewah, apatah lagi jika digabungkan dengan penggunaan bunga segar sudah cukup untuk membangkitkan keindahan hantaran tanpa memerlukan aksesori berlebihan.
Foto
1. BAHAN diperlukan.

“Bagi mereka yang inginkan hantaran berkonsep vintaj tapi sukar menemui kotak yang mampu menghidupkan konsep itu, ia boleh digantikan dengan bakul anyaman.

“Penggunaan kristal berbanding manik biasa juga membuatkan sesuatu hantaran kelihatan mewah,” katanya yang turut memaparkan koleksi barangan pengantin di www.chahayachinta.blogspot.com.

Bagi penghasilan hantaran vintaj yang ditunjukkan, kos yang boleh diperuntukkan hanya sekitar RM150 untuk setiap hantaran, termasuk bungaan segar yang membangkitkan nilai mewah.

Menyiapkan hantaran berkenaan tidak begitu sukar kerana ia tidak membabitkan banyak bahan sampingan, namun ia memerlukan sedikit kesabaran dan kreativiti tinggi supaya hantaran tampak anggun. 

Bagi mereka yang ingin mengetahui cara menghasilkan hantaran berkonsep vintaj, ikuti langkah ditunjukkan Siti Habsah.


Bahan diperlukan:
• Gunting
• Dawai halus 
• Rantai kristal
• Rantai mutiara
• Tiga span empat segi yang sudah dibasahkan
• Satu span bentuk bulat
• Kotak vintaj
• Bekas lilin
• Bekas cincin
• Bunga mawar, baby breath dan daun teh
• Kain organza
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: