♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 26, 2013

Gougere enak, mudah dibuat

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Gougere sejenis pastri enak, lembut dan mudah dihasilkan. Bahannya juga mudah didapati di pasaran pada harga berpatutan, menjadikan pastri berkenaan boleh dicuba sesiapa saja yang berminat.
Baru-baru ini, Pengurus Besar merangkap Chef Utama Bonjour Garden Sdn Bhd, Yukichi Matsubara, menunjukkan demonstrasi penghasilan gougere yang nyata begitu mudah disediakan dan tidak mengambil masa yang lama.
Yukichi menunjukkan penyediaan pastri yang boleh dihasilkan hanya dalam masa kira-kira 30 minit termasuk masa membakar di dalam ketuhar iaitu 20 minit.

“Ia boleh dibuat mengikut saiz disukai. Bentuknya juga mudah dibuat hanya dengan memasukkan bahan yang sudah siap diadun dan diletakkan dalam plastik jernih.
Foto
1. CAMPURKAN mentega tanpa garam, air, susu, garam dan gula halus ke dalam periuk dan biarkan didih. Pastikan semuanya bercampur sebati.

“Plastik itu kemudiannya dipusing untuk memadatkan bahan gougere di dalamnya dan dipotong pada bahagian hujung bagi mengeluarkan bahan seperti menggunakan tiub.

“Apa yang penting, gougere perlu diletakkan di atas dulang pembakar dengan jarak memadai bagi membolehkan ia masak sekata. Ketuhar juga perlu dipanaskan terlebih dulu pada 200 darjah Celsius,” katanya.

Ikuti langkah mudah menghasilkan kek ini seperti ditunjukkan Chef Yukichi.


Bahan

(Untuk menghasilkan 30 biji bersaiz sederhana)
• 108 gram mentega tanpa garam 
• 120ml susu segar
• 120ml air
• 4.5 gram garam
• 4.5 gram gula halus
• 132 gram tepung biasa
• 70 gram keju gruyere
• 200ml telur
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: