♥ Pengikut Setia ♥

Thursday, December 26, 2013

Ajar tingkah laku positif


Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
Kebanyakan kanak-kanak terlalu aktif dari segi fizikal hinggakan mereka hilang fokus dan tidak mampu menumpukan perhatian pada sebarang perkara ­termasuk ketika sesi di kelas.
Malah ramai kanak-kanak ini sebenarnya mempunyai IQ yang baik, cuma kesukaran memberikan perhatian membuatkan ramai ibu bapa bimbang sekiranya anak mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.
Menyedari hakikat itu, Eileen Wong bersama rakan baiknya Jean Low, sama-sama mencari kaedah yang sesuai bagi ­melatih anak-anak untuk fokus apatah lagi mereka juga mempunyai anak kecil yang sememangnya aktif.

Sebagai ibu kepada dua anak perempuan, kedua-dua wanita berusia awal 30-an itu mula menghantar anak masing-masing ke kelas prasekolah yang menggunakan konsep permainan cantuman (jigsaw puzzle) untuk membantu anak fokus.

Terima Kasih Sudi Baca. ^.^

0 000 berbicara: